Mengapa Anda Perlu Memilih Internet Sebagai Medium Perniagaan?

September 3rd, 2010 · Buat Duit, Peribadi, Umum

Salam hormat,

Apa khabar anda hari ini? Bagaimana dengan puasa anda? Saya harapkan anda semua dikurniakan dengan kesihatan yang baik agar dapat berpuasa penuh pada tahun ini. Jadi manfaatkanlah peluang yang ada ini sebaik mungkin. Selagi nyawa dikandung badan. Apapun, jom baca post kali ini. Terus saja pada tajuk di atas.

1. Mudah dikendalikan dan jimat.

Perniagaan internet sebenarnya amat mudah untuk dikendalikan. Anda juga dapat berjimat jika menjalankan perniagaan internet. Mengapa saya kata anda dapat berjimat. Biar saya terangkan kepada anda. Katakan anda menjual pakaian. Biasanya anda perlu membuka sebuah kedai atau butik untuk menjualnya. Mari kita membuat sedikit kira-kira pula. Jika sewa kedai tadi RM 1000 sebulan, setahun anda perlu membayar RM 12000 . Banyak tu! Itu belum masuk bil air dan elektrik. Anda juga perlu berada di kedai sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Gaji pekerja anda lagi (jika ada).

Kalau anda melakukan perniagaan tadi menggunakan internet, iaitu secara online anda cuma perlukan modal RM 200 -RM 2000 untuk upah website beserta hosting. Jika anda ada kepakaran untuk melakukannya sendiri, ia percuma untuk anda. Anda juga tidak perlu duduk di hadapan komputer atau laptop anda 24jam sehari, sebaliknya anda hanya perlukan 1-2 jam untuk memeriksa tempahan dari pelanggan yang masuk ke emel anda. Owh ya, anda juga boleh menjalankan perniagaan anda di mana saja asalkan ada sambungan internet. Adakah anda nampak perbezaan yang ketara ini? Kalau tak nampak lagi teruskan membaca.

2. Tidak terikat

Anda boleh tentukan masa kerja anda sendiri. Senang cerita, bila anda ada mood nak kerja, semak la emel anda tu. Mana tahu ada tempahan dari pelanggan, masyukk tu. Hehe. Seperti yang saya katakan tadi, anda boleh menjalankan perniagaan anda dimana saja asalkana ada sambaungan internet. Jika anda selesa, kat atas katil tempat anda tidur pun anda boleh menjana pendapatan. Nah! Apa lagi yang anda mahu? Betapa senang nak cari duit online ni. Sebenarnya tak la senang sangat. Cubalah sendiri. Kejayaan tidak datang bergolek, sebaliknya kita perlulah mencarinya.

3. Modal yang rendah

Saya pasti anda dah baca point no.1 di atas. Modal anda serendah itu, jika nak dibandingkan dengan perniagaan konvensional yang memerlukan modal yang besar. Biar saya bocorkan rahsia ini kepada anda, perniagaan internet sebenarnya boleh dilaksanakan tanpa modal atau sifar sen. :) teruskan pembacaan anda.

Saya memulakan perniagaan internet saya dahulu juga tanpa modal (pecah sudah rahsia saya). Saya mulakan perniagaan saya dahulu dengan program affiliate. Saya gunakan emel kawan-kawan yang saya ada untuk menyebarkan link affiliate saya (jika anda guna autoresponder lebih baik).

Selain itu saya juga menggunakan blog untuk program affiliate yang saya sertai. Saya letakkan banner di blog saya. Kemudian, saya juga ada menulis review tentang produk affiliate yang saya sertai tersebut. Owh ya, saya galakkan anda untuk memiliki produk tersebut sebelum anda mempromosikannya. Tujuannya supaya anda tahu kehebatan produk tersebut. Jadi, senang la anda nak bercerita kepada sahabat anda. Seterusnya, dapatlah anda menjana pendapatan yang lumayan.

1 lagi medium percuma yang saya gunakan selain emel dan blog ialah YM. Ya, saya gunakan Yahoo Messengger untuk dapatkan pendapatan tambahan dan saya telah berjaya mendapatkannya. Hihi, alhamdulillah pintu rezeki saya terbuka luas. Sambil berchatting boleh boleh juga dapat duit. Jika saya boleh, anda pasti boleh!

Saya rasa cukup setakat ini saja. Anda boleh mempraktikkannya dan jika anda mempunyai sebarang masalah, anda boleh terus bertanya kepada saya. Saya akan cuba membantu anda menyelesaikan masalah anda.

Share on Facebook

→ No CommentsTags:····

Menjual Itu Mudah, Tapi Bukan Senang.

September 2nd, 2010 · Buat Duit, Peribadi

Salam hormat.

Tahniah kerana anda telah membuka salah satu blog berbayar yang ada di dunia ini. Ececeh, berlagak pula saya ni. Takdelah, saya cuma ingin beritahu kepada anda blog berbayar ni lebih best dari yang percuma. Kita tidak terikat dengan peraturan yang mengarut dari blog percuma. Jadi, jika guna blog berbayar, peraturannya kita yang buat. Jom kita enjoy!

Menjual itu mudah, tapi bukan senang.

Apa pula pendapat anda? Jangan lupa tinggalkan komen anda diruangan yang ada di bawah post ini. Adakah anda seorang peniaga? Pernahkah anda mempunyai pengalaman menjual barang,perkhidmatan atau apa saja? Susah atau senang ya? Hanya orang yang pernah menjual saja tahu keadaannya yang sebenarnya.

Pada pendapat saya sendiri yang pernah menjual, ianya tidaklah sesukar mana. Lagilah kalau anda betul-betul expert mengenai barang yang hendak dijual itu. Kemudian, ditambah pula dengan kemahiran dan teknik yang benar-benar terbukti berkesan untuk menghasilkan jualan. Ia merupakan satu bonus kepada anda untuk mendapatkan jualan. Seterusnya memberi pendapatan atau keuntungan kepada anda.


Owh ya, selain anda menjual secara offline seperti di bazar atau pasar malam, mahu pun di kedai ataupun di butik anda, internet merupakan salah satu medium yang membolehkan anda untuk menjual pelbagai barangan anda tanpa kos! Pasti anda tidak percaya bukan? Ya, ia sememangnya percuma dengan internet.

Baiklah, saya akan kongsikan kepada anda salah satu medium percuma diinternet yang saya telah berjaya gunakan untuk menjual. Dan yang paling penting, medium yang bakal saya kongsikan kepada anda sebentar nanti adalah percuma. Saya akan kongsikan 2 medium kepada anda pada post kali ini. Jom kita mulakan!

1. YM (Yahoo Messengger)


Kepada mereka yang rajin berchatting pasti anda tahu apa itu YM. Bagi mereka yang tidak tahu, YM adalah salah satu aplikasi percuma dari Yahoo.com yang membolehkan anda berchatting, membuat panggilan video percuma, berkongsi fail, gambar dan lain-lain lagi.

Selain dari yang saya sebutkan di atas, saya juga telah menggunakan YM untuk menambah pendapatan dengan cara menjual.Teknik yang saya gunakan adalah dengan cara berkongsi info yang berguna semasa berchatting. Kemudian saya akan mempromosikan barang yang saya ingin jual. Mudah bukan? Percuma pula tu.

2. Mudah.my


Medium yang kedua saya gunakan untuk menjual adalah di mudah.my. Ia juga salah satu platform percuma yang anda boleh gunakan untuk menjual barangan anda di sana. Pada mula saya mengenali mudah.my dan beriklan di sana ia tidak memberikan sebarang hasil. Kemudian saya belajar dari seorang otai dalam perniagaan internet iaitu Raja Kamil atau lebih dikenali sebagai RK.

Dengan panduan dan ilmu dari sifu RK, saya mampu menjual di mudah.my dalam masa kurang 24jam. Teknik yang diajarnya sangat-sangat membantu saya untuk menjual di mudah.my. Saya juga mempunyai kedai maya sendiri di sana iaitu http://www.mudah.my/juanjutawan .

Silalah bertandang ke kedai maya saya ye, walaupun saya tidak menjual apa-apa sekarang ini. Hehe. Owh ya, pasti ada diantara anda yang ingin tahu apakah panduan dan teknik rahsia yang RK ajarkan kepada saya bukan? Saya akan kongsikan dengan anda. Jom klik sini.

Panjang pula post kali ini ya? Ini baru dua medium saja, belum lagi yang lain. Tak mengapa, saya kongsikan dengan anda yang ini dahulu. Jika ada masa terluang saya akan kongsikan medium yang lain pula. Jika anda membeli panduan tersebut, maka tiada lagi rahsia antara kita. Anda juga mempu menjual secara percuma diinternet. Jumpa lagi!

Ps:Jika anda berminat untuk mendapatkan panduan tersebut, jangan segan untuk menghubungi saya. Saya akan berikan sesuatu yang istimewa untuk anda!

Share on Facebook

→ No CommentsTags:···

Dengan Impian, Segalanya Mungkin.

September 1st, 2010 · Motivasi

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog JuanJutawanDotCom. Tahniah kepada anda kerana sudi untuk melawat blog saya ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pembaca setia blog saya ini. Bagaimana anda hari ini? Saya pasti, para pembaca blog saya pasti hebat!

Berbalik kita kepada tajuk post kali ini iaitu “Dengan Impian, Segalanya Mungkin“. Saya pasti anda semua pasti mempunyai impian masing-masing bukan? Dan saya juga pasti, ada antara kita sudah mencapai impian yang kita impikan tersebut. Apa cerita pula impian yang belum tercapai? Bagi saya, anda tidak bermasalah kerana anda sudah mempunyai impian. Cuma ia belum tercapai saja. Kuatkan usaha anda.

Yang saya risau adalah anda yang tiada impian. Ya, anda! Nasihat saya, cuba cari suatu masa yang sesuai, kemudian tenangkan diri. Fikirkan sedalam-dalamnya apa yang anda mahukan? Apakah impian dalam hidup anda? Fikirlah dengan tenang. Semakin terperinci anda boleh fikir mengenai impian anda. Semakin hebat diri anda. Percayalah!

Baiklah, saya beri contoh yang mudah untuk anda. Apa yang saya maksudkan dengan terperinci pada perenggan di atas. Katakan impian anda kereta. Cuba anda perincikan lagi kereta tersebut. Seperti jenama, buatan mana, warna, tayar, saiz rim, auto, manual. Pendek kata, perincikan segala-galanya tentang impian anda itu. Luar dan dalam, atas dan bawah.

Mungkin juga anda ingin maju dalam perniagaan e-commerce franchising seperti saya. Anda nyatakan, maju bagaimana yang anda inginkan. Mungkin impian anda adalah ingin mendapatkan 1 franchise baru setiap hari. Cuba anda bayangkan bagaimana perniagaan anda akan berkembang. Bukan itu saja, silap-silap poket anda juga kembang. Hehe. Nanti boleh la belanja saya. Hehe.

Saya juga galakkan anda untuk menetapkan sendiri tarikh yang spesifik/terperinci untuk anda menggapai impian anda tersebut. Saya pasti, dengan cara ini ia akan dapat membantu kita untuk lebih fokus untuk mencapai impian tersebut.

Tapi awas! Jangan cuba impikan sesuatu yang tidak masuk akal. Ya, saya tahu ianya tidak mustahil jika diizinkan tuhan. Tapi biarlah berpada-pada. Contohnya anda ingin menjadi penyanyi superstar esok. Tapi, anda tak pernah pun naik ke pentas untuk menyanyi. Anda rasa adakah impian seperti itu akan termakbul? Saya pasti jawapan yang bakal anda berikan adalah tidak. Ianya tak ubah seperti angan-angan Mat Jenin!

Segalanya mungkin menjadi nyata jika impian anda tersebut tidak mengarut atau seangkatan dengannya. Nak ada impian pun biarlah realistik. Anda pun pasti teruja untuk menggapainya.

Saya rasa cukup setakat ini. Tapi sebelum mengakhiri post pada kali ini, saya ingin kongsikan salah satu impian saya kepada anda. Impian saya adalah untuk menjadi jutawan muda ketika umur saya 25tahun atau lebih awal dari itu. Jika anda nak tahu mengapa? Rajin-rajin la bertanya kepada saya. Saya pasti memberitahu anda sebabnya.

Dr. Irfan Khairi (Ikon Jutawan Muda)

Dr. Irfan Khairi (Ikon Jutawan Muda)

Ps:Tetapkan impian anda segera. Kongsikan kepada saya impian anda. Supaya kita boleh saling ingat-mengingatkan impian kita. Barulah bersemangat nanti. [Read more →]

Share on Facebook

→ No CommentsTags:···

2 Rahsia Untuk Menjual Yang Terbukti Berkesan.

August 30th, 2010 · Buat Duit, Motivasi

Salam hormat.

Selamat datang ke blog JuanJutawan.com ini yang berkisar tentang perniagaan MLM. Baiklah, pada minggu lepas kita telah membincangkan 4 sebab orang melolak perniagaan MLM. Jika anda belum mambacanya silalah berbuat demikian untuk menambah pengetahuan anda. InsyaAllah.

Pada post kali ini, kita akan membongkarkan rahsia untuk menjual. Untuk pengetahuan anda menjual adalah bahagian terpenting didalam sesebuah bisnes. Bukan bisneslah jika kita tidak menjual apa-apa produk atau perkhidmatan. Oleh karana itu, kemampuan untuk menjual adalah sangat penting untuk seorang ahli bisnes agar perniagaan mereka terus berkembang.

Jika anda serius ingin menjalankan bisnes atau perniagaan anda, mahu atau tidak anda harus belajar untuk menjual. Namun di sini, ada satu rahsia yang sering dilupakan berkaitan dengan kemampuan untuk menjual. Apa yang sering dilupakan ya Juan?!

1.Teknik

Dalam post ini, saya akan menjelaskan rahsia yang bukan lagi rahsia. Tahukah anda, bahawa kemampuan anda untuk menjual kepada prospek menyumbangkan 20% untuk anda menghasilkan jualan menjual. Itu adalah teknik. Biasanya orang akan menggunakan teknik memujuk atau paksaan. Itu baru 20%, mana lagi 80%?

2.Fikiran/Mindset

Ini adalah 80% lagi rahsia untuk menjual. Keberhasilan penjualan anda sebenarnya ditentukan oleh mental atau minda anda. Ia bergantung sejauh mana anda memiliki pola pemikiran yang sebenar dalam bisnes anda. Ternyata, teknik hanya menyumbang sebesar 20% untuk keberhasilan Anda. Sementara fikiran atau mindset memberikan sumbangan sebesar 80% didalam kejayaan bisnes anda.

“Influencing yourself is 80% of sales success,

Influencing the prospect is only 20%.

(Anthony Robbins)”

Oleh karana itulah, saya meluangkan masa menulis post ini untuk santapan anda. Saya juga ada bisnes sama seperti anda. Jadi, kesilapan yang telah dilakukan dapat diperbetulkan. Semoga kita mendapat  kejayaan yang maksimum. Semoga apa yang saya kongsikan ini anda dapat terapkan dalam bisnes anda.

Ramai yang telah gagal untuk menjual dan mengembangkan bisnes anda, bukan kerana salah teknik yang digunakan. Bukan juga kerana kurangnya modal. Tetapi kebanyakan dari kita ini tidak memiliki pemikiran sebagai seorang ahli bisnes.

Inilah sebab mengapa anda gagal dalam menjual, seterusnya gagal dalam perniagaan milik anda. Jadi, ubah mindset anda dan tingkat keberhasilan bisnes anda. Semoga anda dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan kepada anda ini. Jumpa kita pada post yang seterusnya. Salam Ramadhan.

Share on Facebook

→ No CommentsTags:·

Bagaimana Untuk Buat Duit Dengan Ebook Setebal 17 Muka Surat?

August 28th, 2010 · Buat Duit

Perniagaan digital berbentuk ebook sudah mendapat tempat di pasaran Malaysia sejak tahun 2006 lagi. Bagaimanapun, pada masa itu hanya beberapa individu sahaja yang mempunyai pengetahuan mengenai perniagaan ini.

Lebih menyedihkan… Pada waktu itu majoriti rakyat tempatan masih takut untuk melakukan sebarang transaksi menerusi internet.

Tetapi tidak hari ini. Dimana hampir 90% transaksi dilakukan secara online kerana ia dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga.

Apa yang perlu kita lakukan ialah mempunyai komputer, sambungan internet dan semuanya sudah tersedia. Tinggal beberapa klik sahaja yang perlu dilakukan bagi menyempurnakan hasrat anda untuk membayar bil, membeli produk dan pelbagai aktiviti.

Revolusi Perniagaan Informasi Bermula Di Sini

Dalam masa yang sama, internet juga kini menjadi medium informasi terunggul. Sebut sahaja apa jenis maklumat yang ingin dicari, pasti internet menjadi pilihan utama untuk mencari maklumat. Kini perpustakaan menjadi tempat kedua di hati rakyat.

Di saat ini juga beberapa individu telah berjaya memperoleh idea dengan menggunakan kehebatan internet bagi mendapatkan maklumat.

Ya… Dengan menerbitkan produk informasi seperti ebook.

Kenapa Anda Perlu Bermula Dengan Ebook?

Mudah sahaja. Kerana ia amat mudah untuk diterbitkan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah buat sedikit kajian mengenai masalah yang berlaku di sekeliling anda. Kemudian, cari jalan penyelesaiannya melalui internet.

Selepas itu? Gabungkan maklumat tersebut dan tukarkan format menjadi (.pdf) menggunakan perisian seperti PrimoPDF atau CutePDF.

Adakah Ebook Perlu Ditulis Berjela-jela?

Hakikat sebenarnya ialah ebook bukan seperti buku. Anda tidak perlu mempunyai jumlah muka surat yang panjang sehingga 200 – 300 muka surat jika mahu menjualnya.

Inilah masalah yang dihadapi oleh mereka yang mahu menerbitkan ebook. Biar saya beritahu anda satu perkara penting dimana…

Laporan Ringkas Sebanyak 17 Muka Surat Sahaja Sudah Berikan Pulangan Lumayan!

Anda perlu sentiasa ingat bahawa perniagaan informasi seperti ebook tidak sesekali memerlukan maklumat yang panjang berjela. Ini berikuta para pembeli ebook anda juga tidak mahu membazirkan masa mereka bagi menelaah ilmu yang banyak.

Dengan kata lain… Lebih baik mereka beli buku fizikal daripada produk anda.

Jadi, apa yang ingin saya katakan ialah FOKUS PADA PENYELESAIAN MASALAH SAHAJA.

Mahu tahu bagaimana untuk melakukannya? Usah risau kerana saya ada berita baik dimana anda kini boleh mempelajari langkah demi langkah bagaimana untuk menerbitkan laporan ringkas seterusnya memberikan anda pendapatan yang lumayan.

Layari laman di bawah dan lihat sendiri bagaimana laman web ini dapat membantu anda:

Share on Facebook

→ No CommentsTags:···

4 Sebab Orang Menolak Perniagaan MLM bhgn4.

August 27th, 2010 · Buat Duit, E-Commerce, Motivasi

Salam hormat,

Sampailah kita ke sebab yang terakhir mengapa orang menolak perniagaan MLM. Ini adalah sebab keempat dan yang terakhir yang akan saya kongsikan untuk bacaan anda. Jika anda baru datang ke blog JuanJutawanDotCom ini, anda bolehlah merajinkan diri anda untuk membaca post-post yang terdahulu.

Baiklah, terus kita kepada sebab yang keempat iaitu memperbodohkan prospek atau bakal downline anda. Bagaimana saya nak terangkan ye? Ok la, senang cerita macam ni.

Anda : Tiada perniagaan yang anda boleh mulakan dengan modal yang serendah ini tahu. Keahlian cuma rm100 sahaja, tapi kalau ambil pakej premeum kena bayar rm 500 je…

Kenyataan : Kos untuk marketing? Minyak kereta pergi sana sini? Masa yang dikorbankan? Jadi, masyarakat pandang serong sebab orang yang buat perniagaan MLM itu sendiri yang melakukan kesilapan.

Kata orang : Aik dia ni, tadi cakap murah. RM100 je. Tapi ada pula pekej-pekej yang berbeza ditawarkan. Macam mana tu? Kalau ambil yang RM100 je, pasti la teruk aku nanti. Dia ni macam nak tipu duit aku je ni.

Haa.. Itulah lebih kurang sebab yang keempat. Mengapa perlu ada pelbagai pekej? Sepatutnya ianya tidak perlu. Kerana peluang yang sama rata untuk pengedar perlulah diwujudkan. Kalau situasi seperti yang saya terangkan diatas wujud, maknanya.. Orang yang sanggup mengeluarkan duit yang lebih semasa mula mendaftar, dialah yang akan cepat kaya.

Bukankah orang yang mendaftar perniagaan MLM ini adalah mereka yang kurang mampu. Dan sebab utama mereka join anda adalah kerana ingin mengubah nasib diri mereka dan keluarga. Tidakkah anda rasa mereka akan teraniaya jika ada jurang seperti situasi yang saya sebutkan tadi? Adakah mereka dapat mengubah nasib mereka itu? Jadi, jangan sesekali anda wujudkan situasi di atas. Sebaliknya, bantulah mereka untuk mengubah nasib diri mereka.

Jangan pula anda menggunakan mereka untuk anda berjaya seorang diri. Pastinya, anda juga akan jatuh dalam perniagaan anda itu. Jika anda terus melakukan perkara itu, tidak mustahil downline yang ada di bawah anda juga akan pergi meninggalkan anda berseorangan. Sedarlah, dalam perniagaan MLM ini keteguhan networking anda adalah sangat penting. Kerana downline anda jugalah, anda akan terus maju. Layanlah mereka dengan sebaik mungkin.

Semoga perkongsian saya ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda mengubah mindset anda. Saya doakan agar anda terus berjaya dalam apa jua perniagaan MLM yang anda ceburi. Elaklah melakukan 4 perkara yang saya kongsikan di atas. InsyaAllah anda akan Berjaya! Salam kejayaan.

Share on Facebook

→ No CommentsTags:

4 Sebab Orang Menolak Perniagaan MLM bhgn3.

August 26th, 2010 · Buat Duit, E-Commerce

Salam hormat,

Terima kasih kerana terus sudi untuk membaca 4 sebab orang menolak perniagaan MLM yang saya tulis ini. Semoga anda telah dapat apa yang cuba saya sampaikan kepada anda. Mari teruskan pembacaan anda. Hari ini adalah hari yang ke-3 saya menulis tentang tajuk ini.

Baiklah, seperti yang telah saya janjikan kepada anda pada post yang lepas, ini adalah sebab ke tiga orang menolak perniagaan MLM anda.

3. Menipu untuk yakinkan orang.

Apa yang saya maksudkan sebenarnya? Baiklah, biar saya berikan contoh situasi yang sebanar supaya anda lebih jelas dan boleh faham apa yang saya sampaikan. Situasinya lebih kurang begini. Anda dah join mana-mana perniagaan MLM. Kemudian, anda ingin mendapatkan downline dan telah menetapkan satu temujanji dengan bakal downline anda.

Sambil borak-borak tu, anda mulalah cakap kejayaan anda bila join bisnes tersebut. Padahal, anda sebenarnya tidak begitu.

Anda : Alhamdulillah..sejak saya join perniagaan ni saya mampu la pakai kereta kancil buruk ni. Mudah je saya boleh bayar kereta ni dengan duit hasil dari perniagaan ni. Yela, baru bermula ni, kancil je mampu. Mana tahu, nasib lebih baik lepas ni. Boleh la pakai sport car!

Kenyataan : Adoiyai..nak bayar kancil buruk pun tak mampu sangat ni..dah la takde orang nak join aku pulak tu..ingat senang ke nak cari downline..sakit oww..

Jadi, janganlah menipu untuk mencari downline. Lagipun itu perbuatan yang tak bermoral. Saya pasti dalam semua ajaran agama melarang kita untuk menipu. Tak salah kita berterus terang kerana itulah realiti yang perlu dihadapi.

Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Janganlah cari masalah dengan menipu orang lain untuk mengejar impian anda. Seperti yang saya nyatakan dalam post semalam, rezeki ada dimana saja. Duit tak datang bergolek. Jadi kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Kita berhenti di sini dahulu untuk hari ini. Kita akan sambung sebab yang terakhir iaitu sebab yang keempat pada esok hari. Jangan lupa untuk singgah di blog JuanJutawanDotCom esok ya. Owh ya, sebelum saya terlupa. Anda juga boleh subscribe ke feedburner saya untuk mendapatkan update terbaru blog JuanJutawanDotCom terus ke emel anda. Subscribe sekarang ya!

 

Share on Facebook

→ No CommentsTags:···

4 Sebab Orang Menolak Perniagaan MLM bhgn2.

August 25th, 2010 · Buat Duit, E-Commerce, Pro-Sumer

Salam sejahtera,

Bertemu kita lagi pada hari ini. Seperti yang telah saya janjikan semalam, saya akan sambung satu lagi sebab mengapa orang akan menjauhkan diri dengan perniagaan MLM yang berpotensi besar dan mampu untuk mengubah hidup dan mencapai impian. Ia sepatutnya tidak berlaku. Berdasarkan pengalaman dan perhatian saya, sebab yang kedua ialah menabur janji-janji manis.

2.Menabur janji untuk dapat downline.

Jika anda pasti anda boleh dan yakin anda mampu melunaskannya ianya tidak menjadi masalah. Lebih-lebih lagi jika anda aktif mengembangkan perniagaan MLM anda ataupun anda orang lama dalam perniagaan tersebut. Pasti anda mampu melunaskan janji yang telah diucapkan.

Ianya selalu terjadi disebabkan orang-orang yang baru menyertai sesuatu perniagaan MLM. Belum pun apa-apa lagi, dah menabur janji sana dan sini. Bila janji tersebut tak dapat untuk dikotakan, mulalah dia lesap atau menghilangkan diri.

Contohnya berjanji untuk memasukkan downline baru dibawah orang tersebut jika dia mendaftar sekarang dan pelbagai lagi janji manis yang diberikan supaya orang tertarik untuk menjadi downlinenya. Siapa yang tak nak bila urusan jadi mudah ya? Pasti tertarik nak mendaftar.

Apa pula kata mereka : Pasal dia ni lesap duit aku 5 ribu. Dulu janji, kalau dapat downline nak letak bawah aku. Sekarang dia kaya sorang-sorang. Ni mesti kaya makan duit aku la dia ni!

Jika anda orang baru dalam perniagaan MLM tersebut dan terus bersikap sebegini, anda sendiri telah merosakkan perniagaan anda secara amnya dan keseluruhan perniagaan MLM khususnya. Bila ada yang berperangai seperti ini, pastinya yang tertipu akan menyebarkannya kepada yang lain. Jadi, bagaimana orang akan yakin dengan MLM jika cerita-cerita seperti ini tersebar.

Bila perkara ini terjadi, ia akan melibatkan pengusaha perniagaan MLM yang lain juga. Jangan kerana anda nak kaya cepat sorang-sorang, orang lain yang jujur buat bisnes ini tak boleh nak cari makan lagi. Berwaspada dan jagalah tingkah laku anda.

Ini sememangnya terjadi, jika anda belum sudah atau pernah lakukannya cubalah untuk mengubah sikap atau cara anda itu. Saya pasti, rezeki anda akan lebih bertambah. Ingat, rezeki dari Tuhan ada dimana saja. Asalkan anda berusaha untuk mendapatkannya dengan cara yang halal.

Cukuplah untuk hari ini. Kita sambung lagi pada esok hari. Jangan lupa janji kita esok!

Share on Facebook

→ No CommentsTags:··

4 Sebab Orang Menolak Perniagaan MLM bhgn1.

August 24th, 2010 · Buat Duit, E-Commerce

Salam hormat.

Selamat datang ke blog JuanJutawanDotCom ini yang berkisar tentang perniagaan MLM. Tahniah diucapkan kepada anda yang datang semula untuk mencari info berkenaan MLM ataupun untuk apa saja tujuan anda bertandang ke blog saya ini. Saya amat menghargai anda.

Pada kali ini saya akan bongkarkan 4 sebab orang ramai menolak perniagaan MLM anda. Sebenarnya ia tidaklah kritikal sangat. Tapi anda perlu tahu untuk menambahkan lagi downline anda dan menambahkan lagi pendapatan anda secara pasif.

Walaupun ianya adalah perkara asas dan selalu dipandang remeh, tapi ia ternyata memberi sedikit kesan kepada perniagaan MLM anda. Mengapa anda perlu melakukan kesilapan ini? Sedangkan anda sendiri mampu mengubahnya sekaligus menambahkan lagi pendapatan anda.

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, ini adalah diantara 4 sebab yang membuatkan orang mula menolak perniagaan MLM:

1.Sebelum ini, anda sekalipun tidak pernah untuk mengajak rakan-rakan atau sanak saudara ke rumah anda. Tiba-tiba, di suatu hari yang telah anda rancang, anda membuat jamuan dan menjemput rakan dan sanak saudara anda datang ke rumah anda.

Pastinya anda telah membuat pelbagai persiapan untuk hari itu bukan? Tengah syok mereka menjamu selera dengan makanan yang sedap tu, ada pula ceramah mengenai MLM yang anda sertai. Haa, potong stim betulkan? Bagaimana jika anda di tempat mereka, tidakkah anda rasa tertipu?

Apa pula kata mereka: “Cis! Patutlah tiba-tiba saja buat jamuan, ada udang disebalik batu rupanya. Selama ini, tak pernah pun nak ajak makan-makan”.

Saya bukan nak salahkan tentang cara anda untuk mendapatkan downline seperti itu, tidak sama sekali. Tapi, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, orang yang dijemput tersebut akan rasa tertipu dengan tindakan anda.

Jadi, bagaimana untuk anda mengajak mereka menyertai perniagaan anda? Tanggapan pertama pun sudah negatif. Saya tak nafikan, memang anda boleh dapat downline dengan cara itu. Persoalannya, adakah mereka betul-betul menjalankan perniagaan atau melakukannya secara terpaksa?

Anda pasti boleh berfikir dengan logik apa yang bakal berlaku. Saya mahu anda menggunakan akal yang Tuhan berikan kepada setiap orang. Fikir-fikirkanlah, jumpa lagi esok hari untuk sebab yang kedua. Semoga kita dapat bertemu esok!

Share on Facebook

→ No CommentsTags:··

Memotivasikan Seseorang Sebagai Pemimpin.

August 2nd, 2010 · Motivasi

Salam hormat.

Tahniah kerana anda kerana telah berjaya sampai ke JuanJutawanDotCom. Kali ini, saya akan kongsikan sedikit cara-cara yang anda boleh gunakan untuk diri anda. Anda juga boleh gunakan untuk memimpin orang bawahan anda. Tidak kira dalam syarikat dan juga dalam kumpulan MLM anda. Jika anda seorang guru atau pensyarah anda boleh gunakan untuk mengawal para pelajar anda.

Ramai orang yang memilih untuk mengikuti seseorang sebagai pemimpin mereka kerana mereka takut untuk memimpin diri sendiri dan orang lain. Tetapi hakikatnya, kita dilahirkan di dunia ini sebagai seorang khalifah yang dicipta untuk menjadi pemimpin. Bagaimanapun, ada juga segelintir orang yang berfikir bahawa mereka tidak boleh menjadi pemimpin kerana menjadi pemimpin itu adalah takdir. Maksud saya, menjadi pemimpin itu telah ditakdirkan tuhan.

Benar, ramai pemimpin mempunyai karisma dan keperibadian tinggi. Tetapi orang yang bersifat rendah diri, pemalu, dan tenang juga boleh menjadi pemimpin yang berkaliber. Sama juga di dalam perniagaan. Saya adalah antara tergolong dalam katogeri pemalu. Tetapi untuk berjaya dan mencapai cita-cita yang saya impikan, saya telah berubah diri saya ke arah yang positif. Saya tidak lagi malu untuk bertanya semata-mata untuk menambah pengetahuan saya.

Tidak kira apa pun yang anda ceburi, anda perlu memimpin. Sekurangnya, memimpin diri sendiri untuk terus maju. Ini semua adalah tentang mengetahui apa yang orang ingin dan tahu bagaimana untuk memotivasikan orang. Namun, perkara yang paling sukar tetapi anda perlu lakukan ialah mengambil peranan sebagai seorang pemimpin. Memimpin ni bukan kerja senang yang sebenarnya. Hehe. Anda perlu merasainya sendiri. Dapatkan pengalaman sebagai pemimpin itu.

Memotivasikan orang agak sukar, ingat bahawa kemampuan seseorang untuk termotivasi berkaitan dengan keperibadian seseorang itu sendiri. Sebagai contoh, apabila anda mula bekerja dengan sekumpulan orang, pastinya akan ada perbezaan pendapat, keperibadian, dan keikhlasan orang-orang dalam kumpulan itu dan anda mungkin perlu untuk melaksanakan tugas yang berbeza.

Dalam perjuangan untuk menyenangkan hati setiap orang, anda mungkin tidak menyenangkan sesiapapun. Huhu. Itulah antara cabaran yang perlu diharungi pemimpin. Saya pernah melaluinya, anda bila lagi? Jadi bagaimana anda boleh bekerjasama dengan keperibadian yang pelbagai di dalam kumpulan anda dan masih boleh memotivasikan orang? Kita masih membincangkan perenggan di atas ya. Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda gunakan.

Elakkan cuba untuk menunjukkan semua orang bahawa anda memenuhi keperluan mereka.

Meskipun ini mungkin bertentangan dengan intuisi, tampil menjadi orang suruhan, akhirnya anda boleh akan kelihatan seperti orang bodoh. Anda hanya boleh hidup dengan persetujuan orang lain. Adakah anda pernah merasa kesal apabila melihat seorang meminta sedekah? Cuba anda fikirkan, jika anda seorang pemimpin dan anda harus melakukannya apa pandangan orang lain terhadap anda? Kemudian semua orang melihat anda berbuat demikian.

Ingat!!! Anda tidak boleh menyenangkan hati setiap orang.

Hal ini berkait rapat dengan pernyataan sebelum ini, dan ia akan membantu anda memahami perkara ini. Tidak peduli seberapa kuat anda cuba, anda tidak boleh membuat sesuatu menjadi seperti yang anda inginkan, dan anda tidak boleh mendapatkan kesempurnaan. Ini juga bermakna, anda perlu untuk terus berusaha. Jangan terpaku pada kesalahan anda yang lalu, dan belajarlah dari mereka yang mahir. Anda tidak boleh bergerak maju tanpa melepaskan masa lalu, jadi jangan membuang masa anda berfikir dan merenungi apa yang salah atau apa yang anda katakan sebelum ini. Anda hanya perlu untuk terus bergerak bersama-sama pasukan anda untuk menuju kejayaan.

Jangan takut untuk menunjukkan marah dan emosi.

Anda adalah manusia. Anda tidak boleh tersenyum setiap saat, senang hati sepanjang masa atau tertawa sepanjang masa. Jika anda marah pada pasukan atau kumpulan anda, anda harus tegas, tetapi jangan takut untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang salah dan anda kecewa dengan pekerjaan mereka. Jadi, jujur pada diri sendiri dan anda akan dapat melihat bahawa pasukan anda akan setia kepada anda.

Siapkan hadiah untuk pasukan anda.

Jangan abaikan orang yang anda pimpin, seolah-olah anda itu sebagai jurucakap untuk sebuah syarikat korporat. Janjikan yang anda akan belanja mereka di sebuah restoran jika mereka membuat kuota atau dapat menyelesaikan pekerjaan yang dilakukan. Dengan cara ini, kejayaan tersebut dapat diraikan bersama-sama, dan ia cara berkesan untuk menunjukkan kepada pasukan anda bahawa ini adalah kejayaan kita semua. Kejayaan bersama! Sekian saja untuk kali ini. Jika anda mempunyai sebarang pendapat, sila tinggalkan komen di bawah ini. InsyaAllah saya akan membalasnya dengan segera. Semoga ia bermanfaat untuk anda.

Share on Facebook

→ No CommentsTags:····