Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

3 Kelebihan apabila anda tahu membina website

Zaman moden ini, sebut saja website atau laman web ia bukanlah lagi sesuatu perkara yang ganjil. Lebih-lebih lagi apabila media sosial seperti Facebook mula menular di negara ini. Jika dibandingkan 10 tahun dulu, jika anda sebut perkataan “laman web” pasti ramai yang tertanya-tanya. Mungkin, ada juga yang akan tanya anda, “Laman web tu binatang apa?”

Penting sangat ke nak tahu cara untuk membina website sendiri? Sebelum banyak lagi persoalan yang keluar dari pemikiran anda elok jika saya terus ke tajuk utama kita tadi. Jadi, apa 3 kelebihan apabila anda sendiri tahu untuk membina website. Mari kita ambil tahu.

1. Usahawan Online.

Jika anda tahu membina website, anda boleh menjadi seorang usahawan secara online. Apa yang anda perlukan adalah, cari produk yang mempunyai permintaan ramai. Buat satu website untuk produk tersebut dan lakukan promosi. Lihat, betapa mudahnya untuk anda menjadi seorang usahawan secara online bila anda tahu untuk membina website anda sendiri. Mungkin anda perlu sediakan modal untuk membeli barang yang bakal diniagakan dan sedikit masa untuk promosi dan membina web tersebut.

2. Jadi Cikgu.

Aih, camne pula boleh jadi cikgu? Ok, begini. Saya bukan bermaksud cikgu yang mengajar di sekolah tu. Maksud saya, anda boleh jadi cikgu untuk mengajar orang lain untuk membina laman web atau website mereka sendiri. Gunakan kepakaran yang anda ada untuk mengajar orang yang memerlukan. Mudahnya nak jadi cikgu. Tak perlu nak ambil sijil perguruan pun.

3. Sumber Rujukan.

Ya, kemungkinan besar anda akan menjadi sumber rujukan oleh sahabat dan kenalan di sekeliling anda atau anak murid anda tadi apabila ada yang bercerita berkenaan website. Jadi, berbanggalah dengan ilmu yang anda perolehi tersebut. Ia dapat digunakan untuk membina kredibiliti diri sendiri. Apabila anda sering dirujuk berkenaan sesuatu perkara, mereka menganggap anda sebagai pakar dalam bidang tersebut.

Kesimpulannya, anda bakal dianggap sebagai Superhero jika tahu membina website. Mungkin anda tak tahu. Jadi tugas saya untuk memberitahu anda. Ketiga-tiga kelebihan tadi, boleh memberi anda pulangan dalam bentuk wang jika anda tahu membina website.

Usahawan biasanya akan mendapat untung hasil dari jualan mereka. Berniaga dengan jujur, pasti untung. Jika anda memilih untuk menjadi cikgu, anda boleh caj orang yang anda ajar. Boleh guna duit caj tersebut untuk menampung perbelanjaan. Kalau anda sering menjadi sumber rujukan dan ada yang bertanya pada kenalan anda berkenaan website, mereka akan cadangan supaya orang tersebut berjumpa anda. Maka orang tersebut adalah bakal pelanggan anda.

2 Comments

  1. Saya akui perkara ini. Sepanjang proses menjadi seorang pembangun dan pereka laman web, ramai yang datang meminta bantuan. Pendapat sampingan melalui affiliate domain dan hosting juga sedikit sebanyak membantu dalam usaha memperoleh keuntungan tambahan selain daripada caj yang telah ditetapkan.

    • Terima kasih Tuan Zulhilmi kerana sudi berkongsi pengalaman di sini. Saya pasti ia sedikit sebanyak akan membuatkan pembaca lain lebih percaya dengan kelebihan-kelebihan yang dikongsikan di atas. 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *