Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

3 Plugin WordPress Penting Untuk Web Perniagaan

Salam hormat,

 

Sama ada anda mempunyai sebuah website perniagaan atau blog untuk perniagaan kecil anda atau blog adalah perniagaan anda, WordPress mempunyai beberapa plugin yang boleh membantu anda mengekalkan dan mengembangkan blog anda tanpa perlu untuk anda bersusah payah.

 

Apa itu plugin?

Plugin adalah coretan kod. Apabila diaktifkan, secara automatik plugin tersebut akan berfungsi di dalam sesebuah website perniagaan. Anda perlu ingat, plugin-plugin ini hanya boleh digunakan pada platform wordpress yang menggunakan hosting sahaja.

 

Plugin boleh dipasang terus dari papan pemuka WordPress anda dengan klik pada “plugin” di sidebar, kemudian memilih “tambah baru”. Dari sana anda boleh mencari mengikut kategori atau jenis dalam nama plugin yang anda sedang cari. Sebaik sahaja anda telah install plugin yang diingini, anda akan perlu klik activate. Dalam beberapa kes, anda perlu mengikut arahan untuk konfigurasi plugin tersebut.

website perniagaan

Dari perkongsian pemilik laman web tentang cara untuk meningkatkan carian website perniagaan mereka melalui enjin carian.  Berikut adalah empat plugin yang dipasang pada website perniagaan setiap pemilik web tersebut. Diawal pembabitan saya menggunakan WordPress saya juga menggunakan plugin ini. Antaranya adalah:

 

1. Akismet

Plugin Akismet akan bertindak secara automatik untuk memeriksa setiap komen yang datang ke dalam website perniagaan anda untuk melihat sama ada ia adalah spam atau komen biasa. Jika ia komen berbentuk spam ia akan ditanda dan dipindahkan ke folder spam. Di folder spam, komen-komen ini boleh dipadamkan dengan hanya satu klik sahaja. Sistem ini adalah amat dipercayai dan boleh menjimatkan banyak masa.

 

Walaubagaimana pun, Akismet kini mengenakan bayaran $5 sebulan untuk kegunaan di website atau blog perniagaan kecil. Pun begitu, terdapat beberapa alternatif percuma, seperti Growmap Anti Spambot Plugin dan plugin komen seperti Disqus.

 

2. All in One SEO

WordPress adalah platform yang mesra enjin carian. Tetapi ia tidak cukup berkuasa untuk memberikan blog anda rangsangan tambahan bagi meningkatkan pelawat. Plugin All in One SEO boleh membantu anda membuat tetapan (setting) dan mampu membuat website anda lebih mesra untuk enjin carian terutamanya dalam proses mengindeks kandungan web anda.

 

Anda boleh mengisi tajuk, kata kunci dan penerangan untuk web anda, selebihnya biar plugin mengendalikannya. All in One SEO juga membolehkan anda untuk menukar tetapan indeks untuk spesifikasi anda. Sistem ini juga membolehkan anda untuk mengatasi kata kunci web global dan penerangan pada tajuk mana-mana individu untuk hasil yang lebih berkesan. Plugin asas adalah percuma.

 

3. Plugin Perkongsian Sosial

Jadikan pengunjung anda lebih mudah untuk berkongsi cerita-cerita kegemaran mereka dengan plugin seperti AddThis atau ShareThis. Plugin ini secara automatik memasukkan ikon untuk Facebook, Twitter dan lain-lain rangkaian sosial pada awal atau akhir setiap posting anda. Plugin ini adalah percuma. Anda hanya perlu menyediakan kandungan yang menarik sahaja untuk pelawat website perniagaan anda kongsikan ke media sosial.

 

Tidak semua plugin serasi dengan semua versi WordPress. Pastikan versi WordPress anda adalah yang terkini sebelum memuat turun plugin baru. Jika plugin tidak berfungsi dengan betul, anda hanya perlu nyahaktifkan (deactivate) plugin tersebut dan delete dari papan pemuka (dashboard).

 

Plugin apa pula yang anda gunakan selain dari senarai di atas? Mari kongsikan diruangan komen. 😉

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *