3 Sebab Anda Perlu Dapatkan P1 MiFi MX230.
Salam hormat,
Rasanya tidak keterlaluan jika penulis menulis tajuk sebegitu. Bukan hendak memuji mereka, tetapi ini salah satu cara mengekspresi perkongsian pengalaman penulis setelah 3 minggu diberi kepercayaan oleh pihak P1 untuk mencuba produk terbaru MiFi MX230 mereka.
Sebab 1 – Pelan Murah, Membantu Anda Berjimat!
Mengapa penulis kata murah? Boleh rujuk artikel bertajuk “Tukar! Jangan Potong Stim – P1 MiFi MX230”. Pastinya dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pelan internet yang disediakan ini dapat membantu anda untuk berjimat.
Sebab 2 – Internet Mudah Alih Berkelajuan 4G & Berteknologi MiFi.
Setelah lebih seminggu menggunakan P1 MiFi MX230, penulis sebenarnya amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh modem kecil ini. Orang kata, kecil-kecil cili api. Walau pun bersaiz kecik kompak, penulis dapat menggunakan WiFi berkelajuan 4G dengan modem ini.
Tambah berpuas hati lagi, walau pun penulis berada di luar kawasan 4G, penulis masih mampu menggunakan modem ini untuk bersosial secara online. Cuma sedikit perlahan kelajuannya. Kira ok dari tidak boleh online langsung. Bagi penulis sehari tidak online, dunia tidak sebegitu indah.
Sebab 3 – Mempunyai Ciri Modem MiFi Unik.
- Keupayaan : 8 sambungan dalam 1 masa (7 secara WiFi & 1 sambungan kabel)
- Bateri : Tahan lama 6 jam hingga 8 jam (bergantung pada cara penggunaan)
- Kelajuaan : 4G (bergantung kepada kawasan)
- Rekabentuk : Bersaiz kecil dan kompaks.
Kesimpulan.
Semuanya telah diberitahu. Keputusan di tangan anda. Jadi apa yang anda tunggu lagi? Mahukan internet mudah alih berkelajuan 4G ini. Apa kata anda terus ke laman berikut >>> Produk P1 MiFi
wau..lum pernah guna lagi menatang ni…model baru yea?nak survey lebih lanjut tentang benda ni..
Baru tak baru juga. Tapi memang dah masuk pasaran. Jadi, survey dulu coverage dekat kawasan anda sebelum beli. 😉 Jangan menyesal kemudian hari pula nanti.
Bro lama tak update blog..
ke mana menghilang?
Hehe. Memang lama dah tak update ni. Sibuk dengan persiapan nak menikah. :p Haha
pernah guna P1 dlu sblm tukar ke TM…tapi P1 mmg laju dan puas hati cuma ada limed nk download file
cuba cari pakej unlimited.. 🙂
Nk cri mna pakej
macam bestt….
Admin dapat test ni free. memang superb best la.. 😀
Pakej harga dan kelajuan macam mana pulak tuan admin?
Boleh klik link P1 dalam artikel di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut.