Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

3 Strategi Pemasaran Menggunakan Facebook.

Saya pasti anda tahu apa itu Facebook. Saya juga yakin anda juga mempunyai akaun Facebook. Baiklah, kali ini kita akan bincangkan topik berkenaan strategi pemasaran menggunakan Facebook. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa Facebook merupakan sebuah laman sosial yang telah berjaya menarik perhatian pengguna Internet dari seluruh dunia termasuk rakyat negara kita.

Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh pihak InternetWorldStat.com, pengguna Facebook di Malaysia saja sudah melebihi 12juta pengguna. Jadi, anda seharusnya memberikan perhatian tentang perkara ini. Perancangan strategi pemasaran di Facebook yang berkesan perlu ada untuk anda yang ingin mendapatkan pelanggan dari laman sosial ini.

3 Strategi Pemasaran Menggunakan Facebook.

1.Strategi Pemasaran menggunakan Facebook Page.

Jika anda perasan, kebanyakkan syarikat besar dan yang telah mempunyai brand yang polular di dunia juga menggunakan Facebook page sebagai salah satu medium yang penting yang perlu ada sebagai salah satu daripada strategi pemasaran syarikat mereka.

Mereka yakin dengan kuasa media sosial ini mampu untuk memberikan syarikat mereka pulangan yang lumayan. Jika syarikat-syarikat terkemuka dunia seperti McDonald, BMW dan yang lain-lain menggunakan medium percuma seperti Facebook page, mengapa pula anda tidak menggunakannya?

Selain daripada digunakan oleh syarikat terkemuka dunia sebagai salah satu strategi pemasaran percuma bagi syarikat mereka, Fanpage juga tidak terhad dari segi perhubungan (connection) dengan pelanggan. Jika menggunakan profil Facebook yang biasa, anda hanya boleh menambah rakan sehingga 5000 orang sahaja. Jadi, adakah anda mahu hadkan jumlah bakal pelanggan anda? Beralih dan gunakanlah Facebook page sebagai salai satu strategi pemasaran anda bermula hari ini juga.

2.Strategi pemasaran viral menggunakan video di Facebook.

Strategi pemasaran menggunakan cara ini adalah sedikit sukar dan mungkin juga memerlukan kos jika anda tiada pengalaman dalam menghasilkan video atau syarikat anda masih tiada video komersial untuk perniagaan anda. Tapi anda tidak perlu risau. Saya akan terangkan kepada anda tentang strategi pemasaran ini.

Untuk strategi pemasaran video ini, apa yang anda perlukan hanyalah sebuah video yang kreatif dan menarik. Anda boleh upload ke Facebok page anda dan ia akan menjadi salah satu medium yang akan menjadikan perniagaan anda lebih viral. Dalam bahasa mudah, pelawat anda akan kongsikan apa yang mereka suka (video perniagaan anda yang menarik) dan ia akan dapat dilihat oleh sahabat-sahabat mereka lalau proses yang sama akan berulang.

3.Strategi pemasaran menggunakan visual Facebook.

Untuk menarik perhatian dari pelanggan atau bakal pelanggan anda, strategi pemasaran yang menggunakan visual mampu menyelesaikan permasalahan ini. Anda boleh kongsikan gambar yang menarik di Facebook page untuk menarik perhatian pelanggan dan bakal pelanggan anda.

Buat pelanggan anda bagaikan jatuh cinta pandang pertama dengan produk yang anda tunjukkan kali pertama kepada mereka. Pasti mereka tidak rasa teragak-agak untuk mengeluarkan duit mereka untuk membayar produk anda tersebut.

2 Comments

  1. “3 Strategi Pemasaran Menggunakan Facebook” yang menarik..terima kasih atas infonya..

    • Sama-sama. Terima kasih juga kerana sudi meninggalkan komen di sini. 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *