Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

4 Kesilapan Ngeri Facebook Page Yang Perlu Dielak.

Salam hormat,

facebook

Kebanyakkan pemilik perniagaan kecil tahu bahawa mereka perlu menggunakan Facebook sebagai salah satu medium pemasaran untuk perniagaan mereka. Namun ia tidak semudah bagai yang dikatakan, lebih-lebih lagi untuk menguruskannya.

 

Bagi mencapai matlamat yang diinginkan melalui media sosial, anda perlu bekerja keras untuk menjayakan sesebuah halaman Facebook. Selain itu, anda juga perlu menjaganya dan mengelakkan daripada membuat kesilapan.

 

Sedikit kesilapan yang anda lakukan boleh menjejaskan reputasi perniagaan atau syarikat anda. Berkemungkinan ia juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada perniagaan yang telah anda bina sekian lama.

 

Berikut adalah lima kesilapan yang harus dielakkan apabila berurusan dengan pelanggan menggunakan rangkaian sosial terbesar di dunia seperti Facebook Page:-

 

1. Mengabaikan halaman Facebook tersebut.

Sebaik sahaja anda mewujudkan halaman perniagaan anda di Facebook, anda mesti kekal aktif untuk mencapai objektif media sosial anda. Jika anda gagal untuk mengemaskini status halaman dengan kerap, anda boleh kehilangan bakal pelanggan atau pelanggan anda yang sedia ada.

Sebaiknya, peruntukkan sejumlah masa setiap hari untuk mengemaskini halaman perniagaan anda di Facebook. Menurut Dr Azizan Osman dalam Seminar Fesbuk Power yang saya hadiri, sebaik-baiknya kita perlu mengemaskini status di halaman tersebut 6 kali sehari dengan kandungan yang berkualiti dan melibatkan diri dengan pelanggan berpotensi di sana.

 

2. Menjadi penjual tegar.

Bayangkan halaman Facebook anda sebagai premis perniagaan anda. Apakah jenis imej yang anda mahu untuk perniagaan anda? Adakah anda mahu menjadi orang yang sentiasa bercakap tentang betapa hebatnya produk dan apa diskaun hebat yang ditawarkan setiap hari? Tidak, anda tidak sepatutnya berbuat demikian.

Anda sepatutnya bersikap profesional dan bertindak sebagai pakar. Sediakan pelanggan anda dengan maklumat dan pandangan yang berharga tentang produk. Tidak salah sekali-sekala membuat promosi untuk produk anda. Jika terlalu kerap, anda mungkin dilabel sebagai spammer dihalaman sendiri. Apabila ingin mempromosi sesuatu, lakukannya dengan kreatif.

Sebagai contoh, cuba ambil tahu cara untuk mendekati pelangan anda. Berikan tip yang berguna melalui mesej di wall post anda. Kebanyakkan orang tidak mahu untuk dijual pada setiap saat mereka di Facebook, tetapi mereka pasti menghargai maklumat percuma dan nasihat anda yang mereka anggap sebagai pakar.

 

3. Tidak menjawab maklumbalas pelanggan.

Orang yang like atau suka Facebook perniagaan anda boleh menjadi pelanggan yang baik anda atau musuh terburuk jika anda mengabaikan mereka. Pastikan anda mengucapkan terima kasih untuk menunjukkan bahawa anda mendengar dan menghargai maklumbalas mereka. Ia boleh mempengaruhi peminat atau pelanggan yang lain untuk melibatkan diri dengan anda.

Jangan terus buang komen negatif tentang syarikat atau produk anda begitu sahaja. Ambil semuanya sebagai satu peluang untuk menjadikan pengkritik tersebut menjadi peminat dan pelanggan anda yang berpotensi. Bertindak balas dengan cepat dan cuba tangani isu-isu yang timbul dengan kadar segera.

 

4. Memilih orang yang salah untuk mengurus halaman anda.

Anda boleh menetapkan orang untuk mengurus, mengemaskini status dan membalas bagi pihak anda pada halaman Facebook syarikat anda. Tetapi berhati-hati dengan orang yang anda pilih sebagai pengurus halaman anda.

Pengurus halaman perlu mengetahui dasar-dasar sosial dan strategi media, serta imej jenama syarikat anda. Ini kerana mereka adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyiarkan sebarang maklumat untuk peminat atau pelanggan anda di halaman tersebut.

Jika pengurus halaman melakukan sesuatu yang bertentangan dengan imej jenama syarikat anda, ia boleh merosakkan reputasi syarikat yang telah anda bina. Awas! Mereka yang mempunyai akses admin di laman tersebut berpotensi untuk menghapuskan anda sebagai pemilik dan mengambil alih halaman tersebut.

 

Sekarang anda sudah tahu apa yang perlu dielakkan. Jadi, praktikkan apa yang saya kongsikan kepada anda ini. Semoga perniagaan anda lebih maju setapak ke hadapan dari pesaing-pesaing anda. Tinggalkan pendapat anda diruangan komen di bawah ya.. 😉

 

Mahukan Personal Coaching dari JuanJutawan berkenaan pemasaran Facebook? Hubungi saya sekarang.

Facebook

2 Comments

  1. Asslm..terima kasih atas maklumat ini..

    • Waalaikumsalam cikpuan. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Semoga maklumat yang dikongsikan dapat membantu serba sedikit. 😉

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *