Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

4 Punca website tak berpengunjung.

Salam sejahtera,

Jika anda merupakan seorang pemilik website, sudah pasti anda risau jika perkara ini terjadi kepada website anda. Orang lain berlumba-lumba untuk mendapatkan jumlah pengunjung yang ramai ke website mereka, tapi website anda tiada pelawat.

Semasa mangadakan seminar atau bengkel saya sering diajukan soalan yang sama. Bagaimana nak tahu jumlah pengunjung yang datang ke website atau blog mereka? Jawapan saya, gunakan Google Analytics untuk mendapatkan statistik pelawat. Ia boleh digunakan secara percuma.

Website tanpa pengunjung, ibarat kedai di tengah hutan – JuanJutawan

Selepas beberapa minggu, pasti ada yang akan menghubungi saya dan kata “En Juan, sedihnya. Website saya takde pengunjung…”. Itu antara keluhan mereka. Biasanya saya akan kata, “Website tanpa pengunjung, ibarat kedai di tengah hutan”. Berbalik kepada topik asal, apakah punca website tak berpengunjung?

1. Lambat loading

Perkara ini mungkin sering terjadi di negara kita yang tercinta ni. Lagi pun internet masih ditahap kelajuan siput. Berusahalah mempercepatkan loading website anda. Elakkan guna gambar yang berat atau bersaiz besar adalah salah satu cara untuk mempercepatkan loading website anda.

2. Pop-up

Elakkan memasang widget yang mengeluarkan popup demi popup. Ia pasti menimbulkan ketidakselesaan kepada pengunjung website anda. Itu bagaikan satu sejarah hitam bagi pengunjung tersebut. Pasti dia tak mahu lagi melawat website anda. Oh! Sayangnya….

3. Lagu auto-play

Kalau nak tahu, ini perkara yang paling saya benci tahap supersaiya. Bayangkan anda tengah dalam mood yang baik dan bila masuk website yang satu ni, tiba-tiba ada pula lagu yang auto-play yang anda tidak minat atau tak boleh terima. Begitulah perasaan pengunjung blog anda. Bertimbang rasalah sesama manusia. Baru boleh hidup dengan harmoni.

4. Serabut

Website yang serabut? Anda kalau duduk dalam rumah yang berserabut pun pasti tak selesa. Begitu juga dengan pengunjung website anda. Pastinya mereka tak suka serabutkan kepala mereka dengan melawat website anda. Mereka akan cari website lain sebagai pengganti website anda. Rugi tak?

Oleh itu, saya selalu nasihatkan anda agar melihat semula website mereka dan perbaiki mana yang kurang dan buang mana yang terlebih tu. Kadang-kala sebagai pemilik website, anda mungkin tidak perasan yang anda sedang SS (syok sendiri).

Pastikan website anda sentiasa kemas, teratur agar dapat menyenangkan hati setiap insan yang melawat ke website anda. Jika mereka berasa selesa, barulah mereka berkungjung ke website anda untuk masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *