Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

4 Sebab Orang Menolak Perniagaan MLM bhgn1.

Salam hormat.

Selamat datang ke blog JuanJutawanDotCom ini yang berkisar tentang perniagaan MLM. Tahniah diucapkan kepada anda yang datang semula untuk mencari info berkenaan MLM ataupun untuk apa saja tujuan anda bertandang ke blog saya ini. Saya amat menghargai anda.

Pada kali ini saya akan bongkarkan 4 sebab orang ramai menolak perniagaan MLM anda. Sebenarnya ia tidaklah kritikal sangat. Tapi anda perlu tahu untuk menambahkan lagi downline anda dan menambahkan lagi pendapatan anda secara pasif.

Walaupun ianya adalah perkara asas dan selalu dipandang remeh, tapi ia ternyata memberi sedikit kesan kepada perniagaan MLM anda. Mengapa anda perlu melakukan kesilapan ini? Sedangkan anda sendiri mampu mengubahnya sekaligus menambahkan lagi pendapatan anda.

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, ini adalah diantara 4 sebab yang membuatkan orang mula menolak perniagaan MLM:

1.Sebelum ini, anda sekalipun tidak pernah untuk mengajak rakan-rakan atau sanak saudara ke rumah anda. Tiba-tiba, di suatu hari yang telah anda rancang, anda membuat jamuan dan menjemput rakan dan sanak saudara anda datang ke rumah anda.

Pastinya anda telah membuat pelbagai persiapan untuk hari itu bukan? Tengah syok mereka menjamu selera dengan makanan yang sedap tu, ada pula ceramah mengenai MLM yang anda sertai. Haa, potong stim betulkan? Bagaimana jika anda di tempat mereka, tidakkah anda rasa tertipu?

Apa pula kata mereka: “Cis! Patutlah tiba-tiba saja buat jamuan, ada udang disebalik batu rupanya. Selama ini, tak pernah pun nak ajak makan-makan”.

Saya bukan nak salahkan tentang cara anda untuk mendapatkan downline seperti itu, tidak sama sekali. Tapi, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, orang yang dijemput tersebut akan rasa tertipu dengan tindakan anda.

Jadi, bagaimana untuk anda mengajak mereka menyertai perniagaan anda? Tanggapan pertama pun sudah negatif. Saya tak nafikan, memang anda boleh dapat downline dengan cara itu. Persoalannya, adakah mereka betul-betul menjalankan perniagaan atau melakukannya secara terpaksa?

Anda pasti boleh berfikir dengan logik apa yang bakal berlaku. Saya mahu anda menggunakan akal yang Tuhan berikan kepada setiap orang. Fikir-fikirkanlah, jumpa lagi esok hari untuk sebab yang kedua. Semoga kita dapat bertemu esok!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *