Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

4 Sebab Orang Menolak Perniagaan MLM bhgn2.

Salam sejahtera,

Bertemu kita lagi pada hari ini. Seperti yang telah saya janjikan semalam, saya akan sambung satu lagi sebab mengapa orang akan menjauhkan diri dengan perniagaan MLM yang berpotensi besar dan mampu untuk mengubah hidup dan mencapai impian. Ia sepatutnya tidak berlaku. Berdasarkan pengalaman dan perhatian saya, sebab yang kedua ialah menabur janji-janji manis.

2.Menabur janji untuk dapat downline.

Jika anda pasti anda boleh dan yakin anda mampu melunaskannya ianya tidak menjadi masalah. Lebih-lebih lagi jika anda aktif mengembangkan perniagaan MLM anda ataupun anda orang lama dalam perniagaan tersebut. Pasti anda mampu melunaskan janji yang telah diucapkan.

Ianya selalu terjadi disebabkan orang-orang yang baru menyertai sesuatu perniagaan MLM. Belum pun apa-apa lagi, dah menabur janji sana dan sini. Bila janji tersebut tak dapat untuk dikotakan, mulalah dia lesap atau menghilangkan diri.

Contohnya berjanji untuk memasukkan downline baru dibawah orang tersebut jika dia mendaftar sekarang dan pelbagai lagi janji manis yang diberikan supaya orang tertarik untuk menjadi downlinenya. Siapa yang tak nak bila urusan jadi mudah ya? Pasti tertarik nak mendaftar.

Apa pula kata mereka : Pasal dia ni lesap duit aku 5 ribu. Dulu janji, kalau dapat downline nak letak bawah aku. Sekarang dia kaya sorang-sorang. Ni mesti kaya makan duit aku la dia ni!

Jika anda orang baru dalam perniagaan MLM tersebut dan terus bersikap sebegini, anda sendiri telah merosakkan perniagaan anda secara amnya dan keseluruhan perniagaan MLM khususnya. Bila ada yang berperangai seperti ini, pastinya yang tertipu akan menyebarkannya kepada yang lain. Jadi, bagaimana orang akan yakin dengan MLM jika cerita-cerita seperti ini tersebar.

Bila perkara ini terjadi, ia akan melibatkan pengusaha perniagaan MLM yang lain juga. Jangan kerana anda nak kaya cepat sorang-sorang, orang lain yang jujur buat bisnes ini tak boleh nak cari makan lagi. Berwaspada dan jagalah tingkah laku anda.

Ini sememangnya terjadi, jika anda belum sudah atau pernah lakukannya cubalah untuk mengubah sikap atau cara anda itu. Saya pasti, rezeki anda akan lebih bertambah. Ingat, rezeki dari Tuhan ada dimana saja. Asalkan anda berusaha untuk mendapatkannya dengan cara yang halal.

Cukuplah untuk hari ini. Kita sambung lagi pada esok hari. Jangan lupa janji kita esok!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *