4 Sebab Orang Menolak Perniagaan MLM bhgn3.
Salam hormat,
Terima kasih kerana terus sudi untuk membaca 4 sebab orang menolak perniagaan MLM yang saya tulis ini. Semoga anda telah dapat apa yang cuba saya sampaikan kepada anda. Mari teruskan pembacaan anda. Hari ini adalah hari yang ke-3 saya menulis tentang tajuk ini.
Baiklah, seperti yang telah saya janjikan kepada anda pada post yang lepas, ini adalah sebab ke tiga orang menolak perniagaan MLM anda.
3. Menipu untuk yakinkan orang.
Apa yang saya maksudkan sebenarnya? Baiklah, biar saya berikan contoh situasi yang sebanar supaya anda lebih jelas dan boleh faham apa yang saya sampaikan. Situasinya lebih kurang begini. Anda dah join mana-mana perniagaan MLM. Kemudian, anda ingin mendapatkan downline dan telah menetapkan satu temujanji dengan bakal downline anda.
Sambil borak-borak tu, anda mulalah cakap kejayaan anda bila join bisnes tersebut. Padahal, anda sebenarnya tidak begitu.
Anda : Alhamdulillah..sejak saya join perniagaan ni saya mampu la pakai kereta kancil buruk ni. Mudah je saya boleh bayar kereta ni dengan duit hasil dari perniagaan ni. Yela, baru bermula ni, kancil je mampu. Mana tahu, nasib lebih baik lepas ni. Boleh la pakai sport car!
Kenyataan : Adoiyai..nak bayar kancil buruk pun tak mampu sangat ni..dah la takde orang nak join aku pulak tu..ingat senang ke nak cari downline..sakit oww..
Jadi, janganlah menipu untuk mencari downline. Lagipun itu perbuatan yang tak bermoral. Saya pasti dalam semua ajaran agama melarang kita untuk menipu. Tak salah kita berterus terang kerana itulah realiti yang perlu dihadapi.
Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Janganlah cari masalah dengan menipu orang lain untuk mengejar impian anda. Seperti yang saya nyatakan dalam post semalam, rezeki ada dimana saja. Duit tak datang bergolek. Jadi kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.
Kita berhenti di sini dahulu untuk hari ini. Kita akan sambung sebab yang terakhir iaitu sebab yang keempat pada esok hari. Jangan lupa untuk singgah di blog JuanJutawanDotCom esok ya. Owh ya, sebelum saya terlupa. Anda juga boleh subscribe ke feedburner saya untuk mendapatkan update terbaru blog JuanJutawanDotCom terus ke emel anda. Subscribe sekarang ya!