Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

4 Sebab Orang Menolak Perniagaan MLM bhgn4.

Salam hormat,

Sampailah kita ke sebab yang terakhir mengapa orang menolak perniagaan MLM. Ini adalah sebab keempat dan yang terakhir yang akan saya kongsikan untuk bacaan anda. Jika anda baru datang ke blog JuanJutawanDotCom ini, anda bolehlah merajinkan diri anda untuk membaca post-post yang terdahulu.

Baiklah, terus kita kepada sebab yang keempat iaitu memperbodohkan prospek atau bakal downline anda. Bagaimana saya nak terangkan ye? Ok la, senang cerita macam ni.

Anda : Tiada perniagaan yang anda boleh mulakan dengan modal yang serendah ini tahu. Keahlian cuma rm100 sahaja, tapi kalau ambil pakej premeum kena bayar rm 500 je…

Kenyataan : Kos untuk marketing? Minyak kereta pergi sana sini? Masa yang dikorbankan? Jadi, masyarakat pandang serong sebab orang yang buat perniagaan MLM itu sendiri yang melakukan kesilapan.

Kata orang : Aik dia ni, tadi cakap murah. RM100 je. Tapi ada pula pekej-pekej yang berbeza ditawarkan. Macam mana tu? Kalau ambil yang RM100 je, pasti la teruk aku nanti. Dia ni macam nak tipu duit aku je ni.

Haa.. Itulah lebih kurang sebab yang keempat. Mengapa perlu ada pelbagai pekej? Sepatutnya ianya tidak perlu. Kerana peluang yang sama rata untuk pengedar perlulah diwujudkan. Kalau situasi seperti yang saya terangkan diatas wujud, maknanya.. Orang yang sanggup mengeluarkan duit yang lebih semasa mula mendaftar, dialah yang akan cepat kaya.

Bukankah orang yang mendaftar perniagaan MLM ini adalah mereka yang kurang mampu. Dan sebab utama mereka join anda adalah kerana ingin mengubah nasib diri mereka dan keluarga. Tidakkah anda rasa mereka akan teraniaya jika ada jurang seperti situasi yang saya sebutkan tadi? Adakah mereka dapat mengubah nasib mereka itu? Jadi, jangan sesekali anda wujudkan situasi di atas. Sebaliknya, bantulah mereka untuk mengubah nasib diri mereka.

Jangan pula anda menggunakan mereka untuk anda berjaya seorang diri. Pastinya, anda juga akan jatuh dalam perniagaan anda itu. Jika anda terus melakukan perkara itu, tidak mustahil downline yang ada di bawah anda juga akan pergi meninggalkan anda berseorangan. Sedarlah, dalam perniagaan MLM ini keteguhan networking anda adalah sangat penting. Kerana downline anda jugalah, anda akan terus maju. Layanlah mereka dengan sebaik mungkin.

Semoga perkongsian saya ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda mengubah mindset anda. Saya doakan agar anda terus berjaya dalam apa jua perniagaan MLM yang anda ceburi. Elaklah melakukan 4 perkara yang saya kongsikan di atas. InsyaAllah anda akan Berjaya! Salam kejayaan.

2 Comments

  1. dan perlu diingat, ada tatacara dalam perniagaan bagi orang yang beragama islam..matlamat tidak menghalalkan cara..jika seseorang itu join MLM hanya kerana wang ringgit yang mengaburi mata mereka, maka itu bukanlah satu perniagaan yang berasaskan produk, tetapi head hunting…
    dari segi lain pula, jika sesuatu produk itu lebih mahal dari harga sepatutnya, sebagai contoh, satu paket serbuk kopi berharga RM50, hanya kopi, adakah ianya logik akal?sedangkan orang boleh mendapat kualiti yang lebih baik dengan harga yang lebih murah 😉 sama-sama fikirkan
    wallahualam

  2. Betul tu bro, saya sangat setuju dengan apa yang bro tambah tu. Jadi jika ada diantara kita nak join MLM atau yang seangkatan dengannya perlulah betulkan niat tu dulu.

    Owh ya, saya nasihatkan anda yang membaca ini untuk mendapatkan e-majalah berkenaan MLM iaitu Inspirasi Jutawan untuk maklumat tambahan.

    Dapatkan secara percuma di sini:

    http://www.dreamdiamond.net/

Leave a Reply to sofian Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *