Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

4 Tabiat yang terbukti membuatkan Juan Jutawan gemuk atau obesiti.

Berikut merupakan pengalaman saya yang berjaya menaikkan berat badan lebih dari 20kg dalam masa kurang dari setahun sehingga menyebabkan saya obesiti.

Saya bukan berbangga dengan menulis kenyataan diatas kepada bacaan umum melalui blog kesayangan ini. Tapi saya cuma mahu berkongsi cara bagaimana berat badan saya meningkat dengan mendadak dalam tempoh masa yang singkat. Harapan saya agar anda dapat mengelak dari melakukannya.

Kepada anda yang terlalu kurus, mungkin boleh menggunakan pengalaman saya ini untuk menambah berat badan anda supaya mendapat berat badan yang ideal. Semoga kesihatan sentiasa bersama diri kita. Mari teruskan membaca pengalaman sebenar saya.

1. Makan dalam kuantiti yang banyak.

Apabila tiba waktu lapar, saya akan makan dalam kuantiti yang banyak. Senang cerita sehingga saya rasa betul-betul kenyang. Saya makan dalam kuantiti banyak pada satu masa.

2. Minum air yang banyak sebaik selesai makan.

Selepas makan dalam kuantiti yang banyak sehingga betul-betul kenyang. Kemudiannya, saya akan terus menghabiskan sekurangnya dua gelas air. Saya ini boleh dikatakan gemuk air.

3. Makan dengan gelojoh.

 Tak mengunyah makanan dengan sempurna. Mama saya sendiri selalu tegur. Tapi rasanya saya dah kunyah pun makanan saya. Teringat hadis yang menyatakan untuk mengunyah makanan 40kali sebelum ditelan.

4. Langsung tidak bersenam.

Inilah tabiat saya yang paling best. Saya langsung tak bersenam. Kebanyakkan masa, saya habiskan untuk online, menonton tv atau tidur. Saya juga jarang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Jadi, anda nak ikut tabiat saya? Yang nak tambah berat mungkin boleh kot. Tapi yang spesis badan besar macam saya, rasanya baik tinggalkan dengan segera semua perkara diatas untuk hidup yang lebih sihat. Katalah setiap hari “Aku nak sihat!”.

Post ini disponsor oleh : Rahsia Lansing Giler!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *