4 Tip Affiliate Untuk Newbie
Masa kini affiliate bukan lagi sesuatu perkara yang ganjil apabila ia sering disebut-sebut oleh sebilangan masyarakat. Affiliate telah terbukti banyak membantu orang baru (newbie) dalam industri perniagaan Internet untuk menjana pendapatan pertama mereka.
Berikut saya sediakan 4 Tip Affiliate Untuk Newbie untuk anda. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada anda yang membacanya.
1. Affiliate tidak menjanjikan duit mudah
Disebalik cerita yang kononnya menjana pendapatan affiliate adalah senang dan ia boleh memberi pendapatan yang lumayan, sebenarnya ia sangat susah. Ya, jana pendapatan melalui affiliate adalah sangat susah dan anda perlu sedar akan perkara ini.
Saya sendiri mengambil beberapa bulan untuk mengetahui teknik sebenar untuk menjana pendapatan dari affiliate. Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam perniagaan affiliate. Jadi, jika anda ingin berjaya, anda perlu bersedia untuk berusaha dengan bersungguh – sungguh.
“Bayi kecil juga banyak kali jatuh untuk belajar berjalan.”
2. Belajar, belajar dan belajar.
Jika ingin berjaya, anda perlu ada ilmu. Jangan pula berlagak sombong dan terus mengalah apabila gagal dalam percubaan pertama dalam program affiliate. Bayi kecil juga banyak kali jatuh untuk belajar berjalan. Jangan takut untuk laburkan wang dan masa bagi proses pembelajaran.
3. Hindari sikap boros.
Jangan terlalu boros berbelanja ketika ingin mempelajari cara pemasaran. Ada newbie affiliate terlalu boros membeli produk berkaitan affiliate di Internet. Akhirnya, mereka menjadi ketagih untuk membeli tapi terlupa untuk melakukan tindakan.
Tip dari JuanJutawan : Sebelum membeli sesuatu produk pastikan anda sudah menyiasat kualiti yang ada produk tersebut. Selepas itu mula bertindak (take action).
4. Berdisiplin.
Untuk berjaya anda perlu ada disiplin. Kurangkan bermain facebook, membaca forum-forum tanpa melakukan tindakan susulan. Jangan cepat berpuas hati dengan kerja anda. Sentiasa upgrade teknik pemasaran anda.