Apa itu E-Commerce Franchising yang sangat saya banggakan.
Salam sejahtera kepada semua.
Post kali ini saya akan menceritakan berkenaan e-commerce franchising yang saya bangga-banggakan dan telah saya jadikan kerjaya utama saya dalam bisnes internet ini. Saya juga merupakan salah seorang Penasihat E-Commerce Franchising untuk blog DreamDiamond.net yang diterajui oleh saudara Aqif.
Baiklah, terus kepada tajuk kita yang utama. Apa itu E-Commerce Franchising? Sekarang saya akan terangkan kepada anda apa itu E-commerce? Menurut kamus pelajar edisi ke-2, E-Commerce atau dalam bahasa melayunya ialah e-dagang bermaksud proses menjalankan urusan perniagaan (membeli atau menjual barangan atau perkhidmatan melalui rangkaian komputer atau Internet).
Apa pula maksud Franchising? Baiklah untuk menerangkan maksud franchise ini saya lebih suka untuk memberikan contoh. Saya pasti anda tahu restoran makanan segera seperti McDonald ataupun KFC. Sebenarnya franchise adalah cara untuk mengembangkan perniagaan dengan memberi hak kepada pihak lain untuk menjalankan perniagaan yang sama seperti apa yang kita lakukan. Atau lebih mudah lagi, keizinan jualan barangan sesuatu syarikat/jenama dalam satu kawasan/premis. Tapi untuk memiliki sebuah franchise seperti McDonald, KFC atau yang lain-lain, anda memerlukan modal yang besar sekurang-kurangnya RM100 ribu.
Setelah menggabungkan kedua-dua perkataan diatas menjadi satu maka terhasillah istilah E-Commerce Franchising. Saya menjalankan perniagaan berbentuk franchise dan menggunakan medium internet untuk menjalankannya dengan modal yang tidak masuk akal dan amat rendah iaitu kurang dari RM100. Tidakkah ianya adalah sesuatu yang hebat dan memudahkan? Lagipun sekarang ini rakyat Malaysia telah terdedah dengan internet, dan saya akan gunakan kelebihan ini untuk terus menjalankan perniagaan ini dimana-mana sahaja asalkan ada internet. Adakah anda juga mahu jadi seperti saya?
Diharapkan anda telah faham serba sedikit apakah yang dimaksudkan E-Commerce Franchising. Nantikan entri saya yang akan datang tentang konsep Pro-Sumer.
bleh explain lebih lanjut..tq
Boleh baca pada entri seterusnya.
Jika ada sebarang soalan, boleh bertanya
di bahagian hubungi. TQ