Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Apa itu pemasaran emel?

Pemasaran emel merupakan satu kaedah marketing yang menggunakan emel. Masa kini, ia menjadi penyumbang pendapatan kepada pemilik-pemilik perniagaan. Ia selari dengan perkembangan teknologi yang serba canggih dan moden ini. Rasanya saya tidak perlu terangkan apa itu emel. Pastinya anda juga mempunyai emel untuk mendaftar akaun facebook anda. 😉

 

Apabila kita bercakap tentang pemasaran emel, terbayang di kepala tentang begitu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pemilik-pemilik bisnes. Hakikatnya, sama seperti lain-lain strategi pemasaran, terdapat kelebihan dan kelemahan dalam progress pemasaran emel yang perlu diharungi.

Pemasaran emel ialah penggunaan ‘electronic mail’ atau kemudahan emel untuk mencapai prospek atau pembaca di seluruh dunia bagi tujuan promosi produk atau servis. Dengan ringkas, ianya adalah pemasaran melalui emel. Pemasaran emel juga mempunyai potensi untuk menjadi satu teknik pemasaran yang sangat relevan kerana ianya dikenali sebagai satu proses bertukar maklumat dan respon di antara pemilik bisnes dan pelanggan.

Pemasaran emel juga tidak terkecuali daripada mendapat persepsi negatif dari masyarakat. Ramai juga pemilik emel yang merasa kurang selesa dengan pemasaran emel yang kemudiannya mengategorikan emel-emel komersial itu sebagai spam. Bagaimanapun, sekarang ini para pengguna Internet mempunyai pilihan untuk menetapkan emel jenis apakah yang mereka ingin terima di “inbox” mereka.

Pengertian alternatif bagi pemasaran emel ialah apabila sesebuah syarikat atau pemilik bisnes yang menggunakan emel untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan. Semua ini dilakukan dengan niat untuk terus ‘menambat’ pelanggan tersebut dan menjadikannya sebagai pelanggan setia mereka.

Pemasaran emel, mengikut mana-mana definisi, adalah menuntut kesetiaan dan naungan. Jika pemasaran emel digunakan terhadap klien yang berpotensi untuk menjadi pelanggan, maka peranan yang harus dimainkan oleh strategi itu ialah cuba untuk mengubah klien tersebut kepada pelanggan. Jika klien yang sedia ada sentiasa menerima tawaran-tawaran atau maklumat-maklumat yang berguna maka dia akan terus tetap bersama bisnes tersebut.

Bagaimanapun, dengan pemasaran emel, adalah penting untuk anda mengetahui apakah hak dan had yang wujud di dalamnya. Ada sesetengah tempat atau negara yang menggubal undang-undang memerangi penggunaan emel untuk pemasaran, ada sesetengah yang lain pula menggalakkannya.

Jika pelanggan itu menerima emel dari syarikat atau pemilik bisnes yang memang sudah dikenalinya atau pernah berurusan dengannya maka itu tidak menjadi satu kesalahan. Bahkan biasanya apabila pelanggan itu berpuas hati atau suka dengan perkhidmatan sesebuah syarikat atau seseorang pengusaha itu maka dia akan menerima ketibaan emel-emel mereka dengan senang hati.

One Comment

  1. Emel adalah cara pemasaran yang sangat relevan dari dulu hingga sekarang. Ianya amat terasa peribadi. Itulah bezanya pemasaran emel dengan cara pemasaran yang lain. Pelajari teknik-tekniknya dan kita akan menuai hasilnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *