Baca Kisah Stroller Anakku Jadi Penyelamat Shopping Raya Kami.
Masih segar lagi dalam ingatan aku pada bulan Ramadan tahun lepas.
Waktu itu, aku bawa isteri dan anak aku yang pertama pergi membeli belah untuk persiapan raya.
Tugas aku pada hari tu sangat mudah. Dukung anak yang baru berumur setahun yang chubby sambil teman isteri shopping raya.
Mula-mula cari baju dan tudung isteri. Wah! Habis segala ceruk dalam AEON Wangsa Maju di terokai.
Baby Berat – Sakit Pinggang, Lenguh Tangan.
Mula-mula tu aku ok je. Tapi lepas 1-2 jam masa berlalu, tangan dan pinggang aku dah mula rasa sakit dan lenguh.
Maklum saja, baby chubby ikut daddy dia. Dekat 8kg berat dia kalau tak silap. Mana tak tergeliat pinggang dukung dia. Nasib baik tak meragam.
Dah la puasa waktu tu. Waktu berbuka pun lambat lagi. Isteri aku pula tak habis lagi shopping. Kalau ajak balik rumah, ada yang masam muka nanti. Silap-silap boleh bergaduh.
Aduh… Apa nak buat ni?
Sebab dah tak tahu nak buat apa. Aku doa dalam hati. Sungguh-sungguh punya doa. Minta Allah tolong selesaikan masalah aku tu.
Penyelesaian Terhidang Depan Mata.
Nak dijadikan cerita, pinggang dan tangan aku masih sakit dan lenguh. Dah tak boleh tanggung sakit tu.
Tiba-tiba…..
Kebetulan kami lalu di depan BUTIK ANAKKU.
Aku pun apa lagi. Kaki terus melangkah masuk dan pergi ke bahagian stroller baby. Isteri pun ikut sekali.
Sebab tangan dan pinggang dah tak tahan lenguh dan sakit, terus aku letak baby dalam stroller yang menarik perhatian aku sejak masuk ke butik tu. Fuhh… Lega rasanya.
Aku pun terus panggil pekerja Butik Anakku. Dia pun beri penerangan serba sedikit tentang Stroller Anakku itu.
Namanya, Stroller Buggy Red Anakku
Akhirnya, kami suami isteri setuju untuk memiliki stroller itu. Maka berakhirlah kisah sakit tangan dan pinggang aku.
Misi shopping kami sekeluarga diteruskan. Kalaulah tak kerana stroller tu, rasanya aku dah bawa anak dan isteri balik rumah.
Tak tahu apa pula yang jadi lepas tu kan…
Terima Kasih Stroller Anakku!
Ok sambung balik..
Selepas itu, kami sambung shopping lagi. Walau masih ada rasa sengal pada pinggang, sebagai suami dan bapa, aku relakan demi kebahagiaan keluarga.
Sejak saat itu, setiap kali keluar berjalan, ke taman atau shopping mall mesti guna stroller anakku sampai sekarang.
Apa yang penting anak aku selesa sangat duduk dalam stroller Anakku ni. Tidak merengek atau menangis. Elok je duduk diam.
Bila penat dia tidur sendiri dalam stroller tu. Aku cuma perlu baringkan seat belakang stroller. Ni antara ciri yang aku suka pada stroller buggy tu.
Tahun ini aku dan isteri dapat baby baru. Kalau dapat hadiah dari Contest Anakku, boleh la adik beradik tu bergaya bersama produk Anakku.
Beli Produk Anakku di Lazada.
Korang nak beli barang Anakku, tapi tak sempat nak ke Butik Anakku.
Rileks la. Beli je secara online dekat Anakku @ Lazada. Guna kod bawah ni. Boleh dapat diskaun lagi tau..
Happy shopping. Selamat Hari Raya! 😀