Bagaimana Cara Berniaga di Facebook – Siapa Bakal Pembeli Anda?
Berniaga Di Facebook
Ramai yang ingin memulakan perniagaan internet mereka melalui kaedah jual beli dengan menggunakan Facebook. Terdapat ramai juga yang bertanyakan kepada saya cara untuk berniaga di Facebook ini. Kali ini saya akan terangkan kepada anda cara mengenal siapa bakal pembeli barangan atau perkhidmatan kita di Facebook.
Siapa Bakal Pembeli Anda?
Salah satu punca kegagalan dalam menjual produk di Facebook adalah kerana usahawan dan peniaga tidak begitu jelas sasaran pelanggan mereka. Dalam bahasa mudah, anda perlu ada “targeted customer”.
Untuk memastikan proses pemasaran tidak sia-sia, anda perlu sejelasnya โmengenaliโ siapakah pelanggan yang setepatnya. Anda tidak boleh promosikan secara umum begitu sahaja kerana tidak semua orang sesuai atau memerlukan produk yang anda jual.
Sasaran pelanggan anda haruslah tepat dan menumpu. Contohnya, jika anda menjual pakaian muslimah, pakaian itu lebih sesuai untuk siapa? Katakan pakaian itu lebih sesuai untuk wanita muslimah yang berumur 25 hingga 35 tahun dan bekerjaya. Maka itulah sasaran anda yang sebenar.
Bagaimana cara untuk mengetahui siapakah sasaran anda yang sebenar?
1. Senaraikan tujuan, kelebihan dan fungsi produk yang dijual. Daripada senarai itu, anda akan mula tahu siapa yang lebih sesuai untuk menggunakan produk tersebut.
2. Anda sendiri yang takrifkan. Katakan anda menjual minuman kesihatan yang baik untuk kecergasan sama ada wanita ataupun lelaki. Walaupun ia sesuai untuk lelaki dan wanita, kita boleh lakukan pemasaran dengan menumpu kepada satu jantina sahaja dan untuk golongan berumur tertentu sahaja. Ini boleh dilakukan melalui mesej promosi anda seperti ayat iklan.
Kesimpulan.
Sebelum anda mula melakukan pemasaran dan promosi, anda perlu jelas dengan sasaran pelanggan yang anda mahukan. Daripada situ, barulah anda mudah untuk mendapat jualan kerana mesej iklan yang kita tulis (sampaikan) adalah terus tepat dan mengena. Sekian saja dari saya berkenaan cara berniaga di Facebook.
>>>ย Dapatkan panduan berniaga di Facebook di sini <<<
terimakasih di atas tips2 berniaga di facebook yg dikongsikan utk dimanfaatkan…. ๐
Sama-sama. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua. ๐
Terimaksih bro…Info berguna
Ya, sama-sama. Semoga semakin ramai lagi orang yang mampu berniaga terutamanya menggunakan facebook sebagai medium perniagaan mereka. ๐