Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Bagaimana Penulis membina hubungan dengan Pembaca?

Untuk seseorang penulis membina hubungan mereka dengan pembaca bukanlah satu kerja yang mudah. Mana tidaknya, pembaca kebiasaannya hanya mengenali seseorang penulis hanya melalui penulisan mereka.

Mungkin mudah bagi seseorang penulis di alam nyata untuk membina hubungan antara satu sama lain jika mereka pernah berjumpa atau mengenali antara satu sama lain. Tapi ia agak sukar bagi seorang penulis. Seperti mana yang kita semua maklum, kebanyakkan penulis menggunakan nama pena mereka. Jadi agak sukar untuk mengenali mereka di dunia nyata.

Pembaca dan penulis juga mungkin tidak pernah bersua muka. Namun pada zaman IT yang serba moden ini, ia bukanlah sesuatu perkara yang mustahil. Ramai penulis telah memanfaatkan laman-laman media sosial seperti Twitter, Facebook dan laman blog untuk membina hubungan dengan pembaca mereka.

Untuk menjawab persoalan ini, saya telah ajukan soalan yang sama kepada seorang penulis dan juga editor untuk MajalahNiaga.com dan pemilik blog AqifAzizan.com iaitu saudara Aqif Azizan. Mari kita baca jawapan yang diberikan oleh beliau.

“Tulis secara konsisten dan sentiasa beri respon kepada pembaca.”

1.Tulis secara konsisten.

Ya, memang tidak dapat dinafikan lagi kita perlu untuk menulis secara konsisten. Maka, dengan cara ini, ia dapat membantu anda sebagai penulis untuk membina hubungan dengan pembaca anda. Anda boleh memperbanyakkan perkongsian maklumat dengan pembaca anda.

Antara maklumat yang sesuai dikongsikan adalah:-

  • Menulis berkenaan Niche anda
  • Perancangan akan datang
  • Aktiviti terbaru anda
  • Tip penulisan

Tidak salah jika anda ingin berkongsi kisah peribadi dengan pembaca anda. Anda adalah idola mereka dan mereka ingin tahu perihal anda. Anda ibarat ikon kepada pembaca anda.

2.Beri respon kepada pembaca anda.

Memberikan respon kepada pembaca anda adalah perlu. Ini kerana, respon yang anda berikan kepada pembaca anda dengan ikhlas akan terkesan dihati mereka. Secara tidak langsung akan membuatkan pembaca terus setia membaca hasil tulisan anda.

Antara respon yang anda perlu berikan kepada pembaca adalah:-

  • Pertanyaan berkenaan hasil tulisan anda
  • Komen di blogpost
  • Menjawab emel pembaca

Sekian saja perkongsian saya untuk kali ini. Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama sahabat anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *