Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Bagaimana Untuk Buat Duit Dengan Ebook Setebal 17 Muka Surat?

Perniagaan digital berbentuk ebook sudah mendapat tempat di pasaran Malaysia sejak tahun 2006 lagi. Bagaimanapun, pada masa itu hanya beberapa individu sahaja yang mempunyai pengetahuan mengenai perniagaan ini.

Lebih menyedihkan… Pada waktu itu majoriti rakyat tempatan masih takut untuk melakukan sebarang transaksi menerusi internet.

Tetapi tidak hari ini. Dimana hampir 90% transaksi dilakukan secara online kerana ia dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga.

Apa yang perlu kita lakukan ialah mempunyai komputer, sambungan internet dan semuanya sudah tersedia. Tinggal beberapa klik sahaja yang perlu dilakukan bagi menyempurnakan hasrat anda untuk membayar bil, membeli produk dan pelbagai aktiviti.

Revolusi Perniagaan Informasi Bermula Di Sini

Dalam masa yang sama, internet juga kini menjadi medium informasi terunggul. Sebut sahaja apa jenis maklumat yang ingin dicari, pasti internet menjadi pilihan utama untuk mencari maklumat. Kini perpustakaan menjadi tempat kedua di hati rakyat.

Di saat ini juga beberapa individu telah berjaya memperoleh idea dengan menggunakan kehebatan internet bagi mendapatkan maklumat.

Ya… Dengan menerbitkan produk informasi seperti ebook.

Kenapa Anda Perlu Bermula Dengan Ebook?

Mudah sahaja. Kerana ia amat mudah untuk diterbitkan.

Apa yang perlu anda lakukan ialah buat sedikit kajian mengenai masalah yang berlaku di sekeliling anda. Kemudian, cari jalan penyelesaiannya melalui internet.

Selepas itu? Gabungkan maklumat tersebut dan tukarkan format menjadi (.pdf) menggunakan perisian seperti PrimoPDF atau CutePDF.

Adakah Ebook Perlu Ditulis Berjela-jela?

Hakikat sebenarnya ialah ebook bukan seperti buku. Anda tidak perlu mempunyai jumlah muka surat yang panjang sehingga 200 – 300 muka surat jika mahu menjualnya.

Inilah masalah yang dihadapi oleh mereka yang mahu menerbitkan ebook. Biar saya beritahu anda satu perkara penting dimana…

Laporan Ringkas Sebanyak 17 Muka Surat Sahaja Sudah Berikan Pulangan Lumayan!

Anda perlu sentiasa ingat bahawa perniagaan informasi seperti ebook tidak sesekali memerlukan maklumat yang panjang berjela. Ini berikuta para pembeli ebook anda juga tidak mahu membazirkan masa mereka bagi menelaah ilmu yang banyak.

Dengan kata lain… Lebih baik mereka beli buku fizikal daripada produk anda.

Jadi, apa yang ingin saya katakan ialah FOKUS PADA PENYELESAIAN MASALAH SAHAJA.

Mahu tahu bagaimana untuk melakukannya? Usah risau kerana saya ada berita baik dimana anda kini boleh mempelajari langkah demi langkah bagaimana untuk menerbitkan laporan ringkas seterusnya memberikan anda pendapatan yang lumayan.

Layari laman di bawah dan lihat sendiri bagaimana laman web ini dapat membantu anda:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *