Berjimat dengan P1 MiFi MF230 4G.
Salam hormat,
Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk menggunakan teknologi yang mengujakan ini. Maklum sahaja, benda baru lagi dan belum lagi digunakan secara meluas di Malaysia kita yang tercinta ini. Mari teruskan pembacaan anda.
Sampai sahaja di rumah yang terletak di Selayang, terus saya hidupkan suis peranti P1 MiFi MF230 4G ini. Agak sedih juga pada mulanya. Lampu isyarat peranti tersebut berwarna merah. Tetapi masih boleh digunakan untuk surfing dengan kelajuan siput.
Tiba-tiba datang ilham untuk melihat coverage P1 dikawasan tempat tinggal saya. Lega rasanya kerana coverage P1 ada di dalam lingkungan kawasan perumahan ini. Sebagai ikhtiar lain, saya letakkan peranti tersebut di tepi jendela rumah bonda tercinta. Terperanjat saya bila melihat lampu isyarat peranti tersebut bertukar hijau. Boleh saya surf Internet dengan gembira.
Dalam reviu P1 MiFi MF230 4G saya yang lepas. Saya telah sentuh serba sedikit ciri-ciri peranti ini. Pastinya tidak cukup kalau kita hanya ada sedikit info. Jadi, anda boleh baca melalui link di bawah untuk info yang lebih padat berkenaan peranti & konfigurasinya.
==> Mengenal P1 MiFi Modem & Konfigurasinya
Baik, kali ini saya akan terangkan serba sedikit tentang pakej yang ditawarkan oleh P1 untuk produk MiFi ini. Saya tahu pembaca semua juga teruja untuk mengetahuinya. Apa yang lebih menarik lagi, anda akan dapat berjimat dengan menggunakan P1 MiFi 4G ini.
Pakej Gempak yang ditawarkan.
Jika anda mahu menggunakan peranti ini, anda perlu melanggan plan di atas. Bagi plan ToGo 69, kuota penggunaan diberi oleh pihak P1 adalah sebanyak 6GB dengan tiada limit untuk kadar kelajuan. Walaubagaimanapun, kadar kelajuan maksimum untuk plan ini adalah 10Mbps. Tetapi ia bergantung pada kekuatan isyarat (signal) dan jumlah sambungan yang diterima oleh peranti tersebut.Content goes here
Berjimat dengan P1 MiFi MF230 4G.
Beralih kepada P1 MiFi 4G.
Owh…maksudnya klo hp tu, pegang je mifi, on.. kmudian akses internet mlalui mifi tu ya. btl ke? mcm modem wifi dlm kocek ah? coverage dia amacam bro?
Yup bro.. Gitu la lebih kurang.. MiFi ni modem on-the-go.. Kalau kena kat kawasan dia memang tip top la.. Bro check la coverage kawasan bro.. 😉