Berjimat Membeli Ketika Potongan Harga
Salam sejahtera kepada pembaca setia JuanJutawan dot com. Saya pasti ramai yang suka tajuk berjimat atau suka akan penjimatan ini. Mana tidaknya, dengan keadaan ekonomi semasa sekarang ini pasti ramai yang sudah mula belajar cara-cara untuk berjimat-cermat. Kalau tidak berjimat, pasti poket akan kering walaupun baru dapat gaji. Ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga barangan dipasaran. Tapi apalah yang boleh kita lakukan. Nak tak nak, sebagai seorang pengguna kita terpaksa juga membeli barangan keperluan kita untuk meneruskan kehidupan.
Baiklah, berbalik kepada tajuk di atas yang sebenarnya masih lagi bersangkut-paut dengan konsep pro-sumer sebelum ini, saya ingin mewujudkan sedikit kesedaran kepada diri sendiri dan para pembaca yang saya hormati. Seperti yang saya tekankan sebelum ini langkah pertama untuk anda menjadi pro-sumer ialah dengan diri anda sendiri iaitu “mind-set” anda. Ya! Caranya adalah dengan membuka fikiran anda kepada beberapa konsep baru. Anda harus membuka fikiran anda, dengan itu anda dapat menukarkan diri anda daripada menjadi seorang pengguna kepada seorang pro-sumer yang hebat.
Apabila anda dapat berbuat demikian, maka anda sudah mula menuju ke arah kebebasan masa & kewangan, ini merupakan hala tuju para jutawan. Tidakkah anda merasa bangga dengan diri anda sendiri yang mampu berfikiran sehaluan dengan para jutawan? Mereka yang berfikiran “cuba mengumpul harta” dengan bekerja atau “berjimat” dengan cara membeli barang yang ada potongan harga. Anda sebenarnya masih rugi dan tidak mendapat apa-apa keuntungan pun. Walaupun barangan atau perkhidmatan itu dibeli semasa jualan mega yang menawarkan penurunan harga sehingga 90%!
Percayalah pada kata-kata saya, sekiranya anda mahu mengumpul harta kekayaan dengan bekerja lebih kuat tetapi membeli barang atau sesuatu perkhidmatan yang ada potongan harga, anda sebenarnya telah pun menghala ke arah yang salah. Saya tegaskan sekali lagi, konsep mudah pro-sumer adalah “mind-set” diri anda sendiri. Tidak salah untuk anda bekerja, tetapi anda tidak boleh bergantung kepada kerja anda sepenuhnya untuk mencapai matlamat kebebasan masa dan kewangan.
Sebenarnya, walau sehebat mana potongan harga yang diberikan, anda tetap berbelanja dan wang anda tetap akan keluar. Potongan harga ini dirangka suapaya harta kekayaan bertambah pada pemilik kedai tersebut kerana wang akan berpindah dari tangan pengguna kepada mereka. Jangan salah anggap. Saya tidak bermaksud anda perlu membayar harga biasa jika anda mendapat potongan harga. Ia memang tidak masuk akal! Cuma anda tidak boleh menganggap bahawa anda telah “menjimatkan wang”. Maksud saya di sini, jika anda membeli dengan harga murah, tapi anda tidak memperoleh sebarang pendapatan. Ia sama sekali bertentangan dengan konsep pro-sumer yang telah saya kongsikan pada post yang lepas. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, “Pro-sumer” adalah Produser + Konsumer. Jadi anda buat duit ketika berbelanja.
Saya rasa cukup untuk sekatat ini perkongsian tentang berjimat ini. Sedikit nasihat saya untuk para pembaca yang ingin berjaya dengan konsep pro-sumer ini ialah perbetulkan mind-set anda. Opss.. Saya tidak sama sekali bermaksud untuk mengatakan anda gila atau tidak waras. Tapi anda perlu tahu, para jutawan menguasai minda mereka untuk mendapatkan segala kemahuan mereka. Ya! Jutawan menggunakan KUASA MINDA. Nantikan perkongsian saya yang akan datang.
Macam mana nak berjimat ketika berbelanja? Boleh terangkan secara praktikal dalam post akan datang 🙂 ?
InsyaAllah.. saya cuba terangkan dalam post yang akan datang ;).