Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Buat Duit Pada Bulan Puasa Adalah Mustahil?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya ingin minta maaf jika anda tidak suka post ini. Tujuan saya menulis nota ini adalah untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada para pembaca blog JuanJutawanDotCom ini.

Namun begitu, saya ingin meminta maaf jika anda rasakan ia mengganggu. Bukan apa, pada post sebelum ini saya ada nyatakan yang saya agak sibuk dengan beberapa projek. Ini adalah salah satu projek yang saya ingin kongsikan bersama anda. Saya sudah berjanji, maka ianya perlulah dikotakan. Ya tak?

Baik, mari kita ke sambung kembali…

Sepertimana yang kita semua sedia tahu, tinggal beberapa minggu sahaja lagi kita akan menyambut bulan puasa.

Ya, ia adalah bulan yang mulia untuk umat Islam di seluruh dunia. Dalam pada masa yang sama, ada yang runsing kerana mereka juga perlu bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Mengapa runsing?

Perbelanjaan akan bertambah dan sejumlah wang perlu dikeluarkan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dan pada waktu itu… Tidak semua yang menyambut hari raya dalam keadaan yang tersenyum. (Malah majoritinya mungkin ‘senyum paksa’)

Jadi, kenapa tidak lakukan sesuatu?

Kita perlu sentiasa beringat bahawa menyesal kemudian tidak berguna lagi. Jadi, untuk mengelakkan situasi yang sama bakal melanda pada anda dan seluruh keluarga pada tahun ini, mengapa tidak bertindakĀ  melakukan sesuatu pada bulan puasa yang bakal menjelang?

Mungkin persoalan yang bermain di fikiran anda sekarang ialah,

“Apa yang harus aku lakukan???”

Berniaga adalah jalan yang terbaik

Menjalankan perniagaan pada bulan puasa adalah jalan yang terbaik bagi kita menambah sedikit pendapatan sampingan disamping menyediakan kos perbelanjaan pada hari raya kelak tanpa perlu pening kepala memikirkan pasal duit.

Bagaimanapun, idea untuk berniaga hanya sekadar ‘idea’ jika tidak disertakan dengan tindakan.

Dan soalan yang saya terima ialah, “Bolehkah saya berniaga pada bulan puasa? Terlampau banyak persaingan nanti!”

Izin saya beritahu anda satu perkara

Persaingan anda di mana-mana. Tidak kira dalam perniagaan mahupun kehidupan

Apa yang penting di sini ialah persiapan anda untuk menghadapi persaingan tersebut. Sama juga dalam kes berniaga pada bulan puasa, anda memerlukan perancangan yang rapi serta perlaksanaan yang teliti bagi menjayakannya.

Katakanlah anda mahu menjual otak-otak pada bulan puasa kali ini….

Pastikan segalanya sudah berada dalam perancangan seperti:

  • Stok
  • Lokasi
  • Bahan-bahan masakan
  • Material perniagaan seperti payung, meja dan sebagainya

Dan banyak lagi…

Ingat, mulakan tindakan hari ini jika anda mahu mengubah kehidupan anda pada hari raya tahun ini. Jangan takut untuk bertindak, anggaplah ia sebagai…

“EKSPERIMEN KEHIDUPAN”

Salam kejayaan buat anda semua! šŸ™‚


Projek Bulan Puasa:
Kami sedang berusaha untuk melaksanakan projek raya yang diberi nama “IncomeRaya” dimana projek ini diwujudkan untuk membantu anda yang betul-betul serius untuk menjana pendapatan pada bulan puasa tidak lama lagi.

Penyertaan adalah percuma. Sila layari laman web di bawah dan pihak kami akan memberikan modul pertama untuk anda berniaga pada bulan puasa. Semoga ia bermanfaat untuk anda.

http://www.incomeraya.dreamdiamond.net


Norazwan Jalil
http://www.dreamdiamond.net

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *