Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Dengan Impian, Segalanya Mungkin.

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog JuanJutawanDotCom. Tahniah kepada anda kerana sudi untuk melawat blog saya ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pembaca setia blog saya ini. Bagaimana anda hari ini? Saya pasti, para pembaca blog saya pasti hebat!

Berbalik kita kepada tajuk post kali ini iaitu “Dengan Impian, Segalanya Mungkin“. Saya pasti anda semua pasti mempunyai impian masing-masing bukan? Dan saya juga pasti, ada antara kita sudah mencapai impian yang kita impikan tersebut. Apa cerita pula impian yang belum tercapai? Bagi saya, anda tidak bermasalah kerana anda sudah mempunyai impian. Cuma ia belum tercapai saja. Kuatkan usaha anda.

Yang saya risau adalah anda yang tiada impian. Ya, anda! Nasihat saya, cuba cari suatu masa yang sesuai, kemudian tenangkan diri. Fikirkan sedalam-dalamnya apa yang anda mahukan? Apakah impian dalam hidup anda? Fikirlah dengan tenang. Semakin terperinci anda boleh fikir mengenai impian anda. Semakin hebat diri anda. Percayalah!

Baiklah, saya beri contoh yang mudah untuk anda. Apa yang saya maksudkan dengan terperinci pada perenggan di atas. Katakan impian anda kereta. Cuba anda perincikan lagi kereta tersebut. Seperti jenama, buatan mana, warna, tayar, saiz rim, auto, manual. Pendek kata, perincikan segala-galanya tentang impian anda itu. Luar dan dalam, atas dan bawah.

Mungkin juga anda ingin maju dalam perniagaan e-commerce franchising seperti saya. Anda nyatakan, maju bagaimana yang anda inginkan. Mungkin impian anda adalah ingin mendapatkan 1 franchise baru setiap hari. Cuba anda bayangkan bagaimana perniagaan anda akan berkembang. Bukan itu saja, silap-silap poket anda juga kembang. Hehe. Nanti boleh la belanja saya. Hehe.

Saya juga galakkan anda untuk menetapkan sendiri tarikh yang spesifik/terperinci untuk anda menggapai impian anda tersebut. Saya pasti, dengan cara ini ia akan dapat membantu kita untuk lebih fokus untuk mencapai impian tersebut.

Tapi awas! Jangan cuba impikan sesuatu yang tidak masuk akal. Ya, saya tahu ianya tidak mustahil jika diizinkan tuhan. Tapi biarlah berpada-pada. Contohnya anda ingin menjadi penyanyi superstar esok. Tapi, anda tak pernah pun naik ke pentas untuk menyanyi. Anda rasa adakah impian seperti itu akan termakbul? Saya pasti jawapan yang bakal anda berikan adalah tidak. Ianya tak ubah seperti angan-angan Mat Jenin!

Segalanya mungkin menjadi nyata jika impian anda tersebut tidak mengarut atau seangkatan dengannya. Nak ada impian pun biarlah realistik. Anda pun pasti teruja untuk menggapainya.

Saya rasa cukup setakat ini. Tapi sebelum mengakhiri post pada kali ini, saya ingin kongsikan salah satu impian saya kepada anda. Impian saya adalah untuk menjadi jutawan muda ketika umur saya 25tahun atau lebih awal dari itu. Jika anda nak tahu mengapa? Rajin-rajin la bertanya kepada saya. Saya pasti memberitahu anda sebabnya.

Dr. Irfan Khairi (Ikon Jutawan Muda)

Dr. Irfan Khairi (Ikon Jutawan Muda)

Ps:Tetapkan impian anda segera. Kongsikan kepada saya impian anda. Supaya kita boleh saling ingat-mengingatkan impian kita. Barulah bersemangat nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *