Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Diari Rayaku 2010 – Cerita Peribadi.

Salam sejahtera,

Setelah lebih kurang dua minggu saya cuti raya. Akhirnya, saya kembali untuk mengupdate blog kesayangan saya ini. Mungkin post kali ini memang lari dari tema sebenar blog JuanJutawanDotCom ini. Tapi tak mengapa rasanyakan? Raya pun sekali setahun je. Jadi, saya ingin kongsikan diari raya saya pada kali ini bersama anda. Saya harap anda sudi membaca kerana saya jarang kongsikan cerita peribadi saya.

Saya mulakan perjalanan ke Jelebu bersama abang saya tepat pada pukul 5pm 9/9/2010 (khamis) dari Selayang. Kami melalui Sg. Besi, Kajang Silk, Lekas kemudian masuk ke Jelebu. Owh ya, kami singgah dahulu di Seremban untuk berbuka puasa.

Saya sampai di kampung halaman pada jam 8.20pm. Sesampai saja di sini kami bersalaman dengan sanak saudara di sini. Kami memang langkah kanan kerana sanak saudara yang lain tengah memanggang. Wow, ada BBQ pula malam raya ni. Selesai makan seketul dua ayam,saya join pula adik-adik saudara yang sedang bermain bungapi dan mercun. Haha, sangat seronok.

Raya Pertama

Masuk hari ke dua. Yea2! Dah raya. Ini adalah hari kemenangan bagi semua umat Islam setelah sebulan berpuasa. Pagi raya, bekalan air pula tiada. Oh tidak! Camne nak beraya kalau tak mandi ni? Seawal jam 6 pagi, saya dah bangun. Terus pergi ke rumah saudara yang berhampiran. 15 minit perjalanan kami sampai. Saya dan keluarga terus bersiap di sana dan balik ke rumah kampung semula.

Sampai saja, kami terus bersarapan sebelum pergi ke masjid untuk solat hari raya. Makanan yang pelbagai dihidangkan. Rambang mata dibuatnya. Di masjid pula sangatlah ramai orang. Yang bekerja di bandar semua pulang ke desa untuk meraikan hari raya.

Setelah selesai, semua pulang ke rumah kampung. Aktiviti bermaaf-maafan berlangsung. Huh, ada yang mengalirkan air mata ketika memohon ampun dan maaf. Ada juga yang gembira terutamanya yang masih kecil, sambil bersalaman meminta maaf poket mereka penuh dengan duit raya. Saya juga tidak terkecuali. Hehe, pada yang tak dapat tu jangan cemburu dengan saya ok. Kemudian, adalah sesi bergambar sedikit untuk kenang-kenangan.

Sekarang masa untuk beraya. Habis, satu Negeri Sembilan saya dan keluarga jelajah. Maklumlah, kebanyakan saudara-mara tinggal di sana. Sebenarnya, tak banyak sangat rumah saudara yang diziarahi tapi disebabkan jarak perjalanan agak jauh. Ia memakan sedikit masa untuk ke tempat yang dituju. Setelah hamper senja, saya sampai di rumah kampung papa saya pula. Dekat Kuala Pilah. Raya pertama keadaan jalanraya agak sibuk. Malam tu, saya tiada aktiviti. Lepas bersalaman dengan sanak saudara termasuk nenek saya. Terus saja saya tidur. Badan sudah penat.

Raya Kedua.

Pagi dalam pukul 8am saya bangun. Basuh muka terus bersarapan, kemudian saya terus mandi membersihkan diri. Tidak lama selepas itu, ramai saudara yang datang. Makin meriah suasana pagi itu dengan gelak dan tawa. Aktiviti hari ini sama seperti semalam iaitu beraya lagi ke rumah sanak saudara. Sampai malam jugalaj kami sekeluarga beraya. Dalam pukul 8pm baru sampai semula di rumah nenek. Saya dan abang berehat. Tepat pukul 12 malam saya dan abang pulang terlebih dahulu ke Selayang. Jalan tidak terlalu banyak kereta dan lancar. Sejam saja kami sudah sampai di Selayang.

Raya Ketiga.

Sebelah malam baru saya beraya, ditemani beberapa orang sahabat. Dua buah rumah saja kali ni. Rumah sahabat baik saya dan rumah si dia. Hehe, sudah lama tak berjumpa dan datang ke rumah si dia. Dapat juga melepas rindu. Hihi.

Saya rasa cukuplah setakat ini. Saya tak tahu bila lagi saya akan kongsikan kisah peribadi seperti ini. Atau mungkin semakin kerap akan saya kongsikan bersama anda. Tak tahulah, saya harap anda tidak kisah jika saya kongsikan cerita peribadi seperti ini bersama anda. Terima kasih kerana sudi membaca!

SELAMAT HARI RAYA!!!

Ps:Saya nak letak gambar raya, tapi tak tahu la mengapa jadi error. InsyaAllah saya akan cuba lagi sekali esok. Barulah menarik bukan? ada gambar yang boleh dilihat. Bolehlah anda cuci mata. Hehe..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *