Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Doa Awal Tahun Hijrah 1432

Salam hormat,

Disini ada sedikit perkongsian buat pembaca semua sempena tahun baru Maal hijrah. Semoga dengan tahun baru ini, kita semua akan lebih berjaya. Saya juga ucapkan tahniah kepada anda semua sekiranya telah berjaya mencapai hajat pada tahun yang lepas. Jika belum, teruskan berusaha sepanjang tahun ini.

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbal Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami.Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman, Ya Rahim, jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.

Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam.

4 Comments

  1. Salam tuan, good to know and meet your last night Sir…gembira dapat jumpa Otai2 IM nie…bila boleh minum kat TTDI nie Bos? hehe

  2. Waalaikumsalam, saya juga gembira dapat berjumpa dengan tuan. Banyak pengalaman tuan sebelum ini. Jadikan pengalaman tu untuk tonjolkan diri dalam arena IM ini.

     

    InsyaAllah, boleh saja. Apa-apa, call je. 😉

  3. Aik, camner nama saya jadi ‘Amin’ plak hehe…
    InsyaAllah tuan, saya ingat tahun nie baru nak start gaul2 ngan otai2 IM nie, sebelum nie just focus GOLF jer. Takde apa sangat pun, otai2 pun tak minat main golf hehe. So ingat tahun 2011, nak fokus affiliate/clickbank n eBook pulak. Sila beri tunjuajar tuan =)

  4. InsyaAllah, jika kita ada tekad pasti semuanya akan menjadi kenyataan. Yang penting adalah tindakan kita. Itulah yang akan menentukan siapa kita pada kemudian hari. 🙂

Leave a Reply to Amin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *