E-commerce, Minda Separa Sedar Dan Kamera Digital
Salam hormat,
Apa khabar anda semua? Saya harap para pembaca blog saya ini sihat-sihat belaka. Maaf kerana agak lama menyepikan diri. Saya tidak kemana pun, ada je di alam maya ini. Cuma sedikit sibuk dengan beberapa projek. Antaranya ialah Marketing Classroom. Dapatkan segera ok.
Saya baru membeli sebuah kemera digital untuk kegunaan saya semasa menjalankan latihan industri atau praktikal untuk semester ini. Saya perlukan gambar untuk membuat laporan selepas tamat latihan. Bukan niat nak berlagak atau angkuh, tapi saya ingin berkongsi cerita bagaimana saya mendapatkan duit untuk membeli kemera digital tersebut menggunakan minda separa sedar.
Ya, saya membeli kemera digital tersebut dengan menggunakan minda separa sedar. Saya telah menggabungkan beberapa teknik minda untuk keberkesanan yang lebih maksimum. Huhu.
Antara teknik yang saya gunakan ialah teknik sebutan dan teknik imaginasi. Setiap kali sebelum saya mahu tidur saya akan sebut, “aku ada kemera digital”. Dalam masa yang sama, saya bayangkan apa yang saya sebut tu seperti sudah saya miliki. Saya imagin saya sedang mengambil gambar, mencuba fungsi yang ada pada kemera dan lain-lain lagi. Saya sebut berulang kali sambil membayangkannya sehingga saya terlena dan tidur dengan nyenyaknya.
Saya lakukan selama beberapa hari tanpa jemu dan penuh yakin. Tiba-tiba dengan kuasa Allah SWT, papa saya bertanyakan tentang telefon bimbit saya yang hampir rosak dan bertanyakan harga untuk menggantikan dengan yang baru. Saya berkata kepada papa yang saya inginkan telefon bimbit yang mempunyai kemera agar mudah untuk saya mengambil gambar semasa latihan industri. Harganya lebih kurang RM500.
Dan beberapa hari lepas saya telah membeli sebuah kemera digital menggunakan duit dari minda separa sedar itu. Pasti ada yang bertanya mengapa saya tidak membeli telefon bimbit bukan? Bagi saya, untuk mendapatkan kualiti gambar yang baik, eloklah dari kamera yang baik. Kalau menggunakan kamera dari telefon bimbit, sudah pasti kualiti gambarnya tidak sebegitu baik.
Lagipun, telefon bimbit yang saya beli kurang dari RM100 masih boleh digunakan lagi. Ianya tidak rosak, cuma nombor dan huruf pada keypad saja yang sudah tidak kelihatan. Owh, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang minda separa sedar, anda boleh bertanya terus kepada saya. InsyaAllah, saya akan membantu anda kerana anda adalah pembaca blog JuanJutawanDotCom.
Asik cerita pasal perkara lain je. Cakap ini blog e-commerce franchising. Hehe, sabar ye. Cuba anda fikir sejenak. Bagaimana jika anda menggunakan teknik minda yang saya sebutkan tadi untuk anda berjaya dalam perniagaan e-commerce anda? Mudah saja caranya bukan? Anda sebut dan imagin apa saja yang anda mahu. Jika anda melakukannya dengan cara yang betul dan tekun, anda pasti akan memperolehi apa sahaja yang anda hajati.
Sekian saja perkongsian saya untuk kali ini. Saya ingin maklumkan kepada anda yang saya sedang menulis ebook berkenaan dengan minda separa sedar ini. Nantikan kemunculannya. Sekian saja coretan saya untuk kali ini. Saya, akan terus menulis untuk anda. InsyaAllah.
Ps: Jika anda ingin mempelajari tentang pembinaan perniagaan produk digital, anda boleh dapatkan dengan percuma sekarang. Dapatkan segera kerana ia terhad kepada 49 orang sahaja. Tawaran ini akan ditarik bila-bila masa dari sekarang. Dapatkan di sini.
Ps: Gambar akan dimasukkan tidak lama lagi.
asal ak dr dlu nk pki superbike xdpt2 pon..?
ble dh bdget nk amik kene beli kete..
aritu ko dh bwa kete ak dh nk amik virago tp ko lak sbuk nk bwa moto blik!!!
haha..sebab ko tak takde lesen Bfull..
kalau ada superbike pun, aq je yg bole
bawa. Lagi 1, buat cam aq tulis kt post.
Pasni bole pakai kete n superbike..