Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Ebook Dah Siap Tulis dan Kursus Online Kewangan Percuma!

Salam hormat,

Apa khabar anda semua, saya harap anda sentiasa sihat. Jika anda ada masalah, boleh hubungi saya terus. Saya cuba bantu anda selagi termampu. Pasti anda tertanya-tanya mengapa sudah lama saya tidak menghantar post di blog JuanJutawanDotCom ini.

Saya minta maaf kerana agak sibuk dengan tugasan yang ada. Dan pening kepala dengan tempat saya praktikal ini. Apapun itu hal peribadi. Selain itu, saya juga sibuk memerah otak mengeluarkan idea yang saya rasakan terbaik untuk menulis ebook saya.

Dan alhamdulillah saya telah berjaya melakukannya. 1 ebook utama, 1 laporan percuma dan 5 laporan tambahan bagi pembeli ebook saya nanti. Jadi, kepada anda semua. Tunggu…… Ia tidak lama lagi, sekarang dalam proses menyiapkan website, grafik dan lain-lain.

Bukan itu saja, saya juga menghadiri seminar mengenai pembangunan diri pada sabtu lepas dan menghabiskan masa seharian di rumah rakan perniagaan saya untuk merancang aktiviti yang seterusnya. Perancangan itu penting, dan perlu ada focus untuk melaksanakannya.

Owh ya, saya baru saja mendapat berita dari seorang rakan IM iaitu Rahman Basri. Beliau ada memberikan 1 kursus percuma. Ia merupakan kursus online berkenaan kewangan. Saya pun belum sempat melihatnya dengan lebih detail lagi kerana fokus untuk menyiapkan ebook saya.

Tapi saya yakin, walaupun ia percuma, Rahman Basri pasti memberikan anda yang terbaik. Saya juga pernah memiliki beberapa produk dari beliau. Anda boleh lihat dahulu, ia percuma dan anda tidak perlu keluarkan duit pun.

Ini linknya ==>> http://tinyurl.com/pakarkewangan

Baiklah, kita jumpa lagi ya. Jika saya ada masa terluang saya akan postkan sesuatu untuk tatapan anda. Jangan lupa emel saya kalau ada masalah ya, saya akan cuba bantu anda walaupun saya sibuk. Doakan kesihatan saya agar segalanya berjalan dengan lancar.

Sebelum itu, saya nak tanya anda. Bila anda nak saya “launch”kan ebook saya? Komen pada ruangan bawah ini ya! Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *