Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Franchais Internet : Perniagaan Sebenar atau Perniagaan Berisiko?

Salam hormat kepada semua pembaca setia JuanJutawan dot com. Anda merupakan pembaca hebat kerana masih setia dengan blog ini. Ribuan terima kasih untuk kesetiaan anda.

Mencari peluang franchais? Di www (world wide web) kini dipenuhi dengan perniagaan franchise berasaskan internet. Pencarian saya di internet dengan keyword “franchise”  telah membawa saya ke puluhan laman web yang menjanjikan bisnes online dan peluang franchais dari pelbagai syarikat berasaskan internet.  Mereka menjanjikan kejayaan dan lain-lain lagi yang menarik untuk setiap jenis usaha yang dilakukan. Tapi adakah ia benar seperti yang dinyatakan?

Terlibat dalam sebuah franchise internet boleh menyebabkan risiko kepada kita.  Terutamanya  risiko untuk ditipu. Pendekatan yang lebih selamat adalah untuk menyiasat jangka pendek sesuatu program sebelum kita join bagi mengelakkan penipuan dan kerugian kepada kita kelak. Anda boleh semak butiran syarikat seperti lesen perniagaan dengan KPDNHEP atau SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Lebih-lebih lagi kini kita sering didedahkan tantang penipuan dan skim cepat kaya di internet.

Menurut Franchising.com, franchising adalah strategi perniagaan untuk mendapatkan dan mempertahankan pelanggan. Mereka yang bergabung dengan franchising menggunakan kaedah yang telah ditetapkan  syarikat untuk mengedarkan produk dan perkhidmatan yang diberikan syarikat francais.

Banyak salah faham berkaitan franchising. Antaranya ialah mendapatkan franchise sama juga dengan membeli franchise atau perniagaan. Hal ini sebenarnya tidak berlaku. Anda boleh baca post saya yang terdahulu.  Apa yang berlaku sebenarnya ialah franchisee melabur aset mereka dalam sistem untuk menggunakan nama jenama, sistem operasi dan sokongan yang berterusan. Laman web Franchising.com ada menjelaskannya.

“Meningkatkan taraf hidup dengan internet franchising tidak berisiko setinggi  model perniagaan yang lain (konvensional) yang mempunyai lebih banyak risiko”.

Perkongsian kerja adalah lebih baik di Internet. Kejayaan dalam online adalah berdasarkan pada kemampuan untuk memasarkan dan menjual. Kita dapat lihat banyak rakan-rakan online  mencari manfaat dari kerjasama JV(JointVenture) dan juga internet franchising. Kita boleh lihat franchising di Internet mempunyai baik dan buruknya yang tersendiri.

Tidak boleh dinafikan telah ada yang berjaya dengan franchising di internet ini. Sehinggakan mereka mampu mengubah tanggapan orang lain yang dulunya memperlekah apa yang mereka lakukan iaitu franchising di internet. Tidak kurang juga mereka yang tertipu dengan penyangak-penyangak siber ini. Buatlah pilihan dengan tepat.

Pilihan ada di tangan anda. Buatlah pilihan yang bijak. Salam maju jaya!!!

ps:apa pendapat anda tentang franchising internet?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *