Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Kegawatan Ekonomi Tidak Memberi Kesan Kepada Konsep Pro-Sumer

Alhamdulillah kerana saya telah terselamat dari kecelakaan jalan raya pada hari jumaat lepas. Saya ke Menara HP untuk membeli bateri laptop saya ini. Ketika dalam perjalanan pulang, saya telah terlibat dengan satu kemalangan. Nasib baik saya tiada apa-apa. Cuma motor agak teruk rosaknya.

Jadi saya harapkan pembaca blog ini akan sentiasa berhati-hati walau dimana anda berada. Kata orang, malang tak berbau… Tapi kentut konfom ada bau… hehe..:)

Baiklah, terus kepada tajuk. Dalam post saya yang lepas-lepas, saya telah banyak berkongsi  dengan anda semua tentang konsep pro-sumer. Saya pasti anda telah membaca dan cuba memahaminya untuk mencapai kehendak diri masing-masing. Kepada yang telah berjaya, tahniah saya ucapkan. Semoga ilmu yang anda dapat ini dapat dikongsikan bersama kenalan yang lain. Kepada yang belum berjaya, lihat diri anda semula. Minda anda memainkan peranan penting untuk berjaya dengan konsep pro-sumer ini. Gunakan KUASA MINDA anda semaksimum mungkin.

Pada kali ini pula, saya akan buktikan kepada anda mengapa konsep “Pro-sumer” dalam perniagaan ini tetap akan memberikan anda pendapatan yang lumayan sepanjang masa walaupun negara atau dunia ini dilanda kemelesetan ekonomi. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, “Pro-sumer” adalah Produser + Konsumer. Jadi anda akan buat duit ketika berbelanja. Konsep ini amat berkesan jika produk yang anda belanja itu adalah produk kegunaan harian atau produk keperluan asas anda seperti ubat gigi, minyak rambut, minyak wangi, bedak, shampu rambut dan sebagainya.

Adakah anda perasan, semua produk yang saya sebutkan di atas tadi tetap akan anda pakai walaupun dalam kegawatan ekonomi. Betul atau tidak? Jadi fikirkan, walaupun anda membeli dengan harga yang rendah, anda tetap berbelanjakan wang anda. Tetapi jika anda menggunakan konsep “Pro-sumer”, anda tetap mendapat menjana pendapatan walaupun ekonomi meleset!

Jadilah pro-sumer setiap kali anda berbelanja. Kaedah ini boleh digunakan untuk membina kekayaan buat anda sekeluarga setiap kali anda berbelanja. Rahsianya ialah anda harus berfikir JANGKA MASA PANJANG seperti mereka yang membeli rumah dan bukanlah jangka pendek seperti penyewa rumah.

(Anda mungkin perlu membayar lebih RM300 kerana membeli rumah dan anda mungkin bayar kurang dari RM300 jika anda menyewa rumah)

Tetapi rahsia sebagai Pro-sumer ialah membeli dengan bijak, bukannya membeli dengan hanya murah seperti post saya sebelum ini. Jika anda sudah membacanya pasti anda memahami apa yang cuba saya sampaikan ini. Anda juga harus mempunyai berpendirian sebagai pemilik, bukannya sebagai pelanggan. Sekali lagi, minda anda memainkan peranan di sini. Minda anda adalah kunci kejayaan konsep pro-sumer ini!

Tetapi saya begitu hairan kenapa ramai orang yang saya jumpa tidak bersetuju dengan kuasa pro-sumer ini. Kebanyakan mereka memiliki rumah sendiri dan tidak mahu menyewa rumah. Mereka sering berkata, “Buat apa buang duit menyewa kalau mampu beli rumah?”. Tetapi mereka juga yang akan menyesal apabila tidak percaya bahawa konsep pro-sumer ini boleh memberi anda kekayaan dan bukan sekadar membeli rumah sahaja. Anda fikirkanlah sendiri. Jadi jika ada yang di antara kita masih tidak berfikiran terbuka untuk menerima hakikat Pro-sumer ini, mereka yang rugi. Bukan anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *