Konsep Pro-Sumer…Apakah Rahsianya?
Salam kejayaan kepada semua pembaca blog ini. Tahniah jika anda sudah baca post sebelum ini dan meninggalkan komen. Jika anda belum membaca post sebelum ini saya nasihatkan anda membacanya terlebih dahulu supaya anda akan lebih faham apa yang bakal saya sampaikan ini.
Baiklah, saya akan tunaikan janji saya kepada anda semua pada post yang lepas berkenaan dengan rahsia Konsep Pro-Sumer. Sebenarnya, konsep Pro-Sumer ini telah dipelopori oleh golongan jutawan yang berfikiran luar biasa dan sentiasa mencari peluang untuk menambahkan kekayaan mereka. Pada mulanya, saya sendiri menolak konsep ini. Tetapi selepas diperhalusi, saya mampu menambah pendapatan daripada wang perbelanjaan hangus yang saya leburkan untuk membeli barangan keperluan seharian saya.
Rahsianya amat mudah. Iaitu menjadi orang yang bijak dengan meniru sahaja konsep Pro-Sumer ini yeng telah terbukti keberkesanannya. Konsep ini amat mudah dan boleh diikuti oleh sesiapa sahaja. Tidak perlukan sebarang sijil atau lulusan dari mana-mana universiti atau kolej. Asalkan anda faham, anda mampu melakukannya.
Tanya diri anda, apakah yang anda mahu? Kebebasan masa atau kebebasan kewangan? Jika saya, saya akan memilih kedua-duanya. Iaitu, kebebasan masa dan kebebasan kewangan. Bagi saya, tiada guna mempunyai banyak duit jika tiada masa untuk menikmatinya. Dan tidak guna juga jika ada masa, tetapi tiada sumber kewangan. Apa pendapat anda pula?
Pesanan saya kepada semua pembaca dan juga untuk diri saya sendiri. Jika kita tersalah memilih jalan kewangan disebabkan pemikiran dan kepercayaan kita yang karut atau kolot berubahlah segera. Sampai bila kita ingin menghabiskan wang kita sebagai konsumer atau pengguna? Dimana kita akan terus mengeluarkan duit untuk perbelanjaan. Mengapa kita tidak mahu menjadi bijak dan menambah sumber kewangan yang ada dengan menggunakan konsep Pro-Sumer?
Saya tegaskan sekali lagi. Langkah pertama untuk berjaya dengan konsep Pro-Sumer ialah menukar cara pemikiran kita dari menjadi pengguna yang membelanjakan duit, kepada Pro-Sumer yang mendapat pendapatan tambahan ketika berbelanja. Untuk memudahkan anda menguasai minda anda sendiri, saya sarankan anda memiliki ebuku KUASA MINDA dari saudara Ammar Zahar.
Pada post yang seterusnya saya akan kongsikan lagi konsep Pro-Sumer ini kepada anda. Jadi, tunggu…;) Saya harap anda dapat mengubah cara anda berfikir dahulu. Ianya bukan untuk saya, tapi untuk diri anda sendiri. Lakukan perubahan demi kebaikan diri sendiri. Anda pasti menjadi lebih hebat!
hurm…belum jumpa lagi konsepnya di sini…huhu
hehe..ianya akan diterangkan dalam post yang seterusnya..:)