Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Konsep Pro-Sumer Yang Digunakan Para Jutawan.

Salam hormat dan terima kasih kerana masih sudi untuk membaca blog JuanJutawan dot com saya yang masih baru ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya dari perkongsian ilmu ini.

Seperti yang telah saya janjikan pada post yang lepas, pada kali ini pula saya akan terangkan kepada anda tentang konsep Pro-Sumer. Saya yakin, ramai antara kita yang masih tidak sedar tentang kehadiran perkataan Pro-Sumer ini. Jom kita berkenal-kenalan dulu dengan Pro-Sumer ini. Pro-Sumer berasal dari dua perkataan yang digabungkan iaitu produser dan konsumer.

Perbezaan produser, konsumer dan pro-sumer:

-Produser/pengeluar = buat duit

-Konsumer/pengguna = belanjakan duit

-Pro-Sumer = buat duit ketika berbelanja

Pro-Sumer adalah satu konsep mudah yang dapat membantu kita menambahkan kewangan dan mencapai kebebasan masa dari aktiviti yang selalu kita lakukan iaitu berbelanja. Pasti anda pelik bagaimana dengan berbelanja boleh menambahkan kewangan. Tapi inilah kenyataannya. Dan ramai jutawan di dunia ini menggunakan konsep ini bagi menambahkan lagi kekayaan yang mereka ada. Adakah anda tidak mahu jadi seperti jutawan?

Perhatikan jutawan-jutawan yang ada di muka bumi ini. Mereka sentiasa berfikiran bijak dan kreatif untuk menambah kekayaan mereka. Sampaikan mereka mampu mencari peluang dengan cara berbelanja untuk menambah pendapatan. Ini yang saya cuba sampaikan kepada anda. Kenapa kita tidak mahu mengikut contoh yang sudah ada di depan mata? Tiru orang yang sudah berjaya, kita pasti berjaya. Jadi, ubahlah pemikiran anda sekarang!

Saya akan membongkarkan rahsia Pro-Sumer pada post yang akan datang. Tunggulah dengan penuh kesabaran.  Ini cuma sesi perkenalan saja dengan Pro-Sumer ni. Hehe…:D Rahsia Pro-Sumer amat mudah untuk dipelajari, jika kita memahaminya..;)

8 Comments

  1. Tahniah atas perkongsian hebat ini! 🙂

    Semoga Tuan Norazwan terus memperjuangkan perniagaan ini sehingga mencapai kejayaan yang berganda.

    “I Make A Difference”
    http://www.dreamdiamond.net/7figurecourse

    • Terima kasih Tuan Aqif diatas galakan dan bantuan anda selama ini. Saya akan teruskan perjuangan ini untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

  2. Best, saya baru tahu perkataan ini. Terima kasih atas perkongsian, nak baca post seterusnya pula 🙂

  3. Terharunya SIFU RK melawat blog ini. Kecil tapak tangan, lautan Juan tadahkan.. hihi..:D Selamat membaca SIFU..

  4. wow…fikiran di luar kotak! tahniah bro 🙂
    tunggu bila nak keluar nih 🙂

    ps:gambar tu kena kecik sikit bro nanti jadi tak cantik la mata memandang sebab dah keluar kotak 🙂

    • hehe..nak tunggu apa yang keluar bro?
      apapun terima kasih teguran tu..
      akan diperbetulkan..

  5. tunggu u keluarkan ebook cerita pasal ni..kalau free lagi bagus..hehe

  6. owh..itu dalam perancangan.
    insyaAllah diberikan percuma..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *