Mengapa Anda Perlu Memilih Internet Sebagai Medium Perniagaan?
Salam hormat,
Apa khabar anda hari ini? Bagaimana dengan puasa anda? Saya harapkan anda semua dikurniakan dengan kesihatan yang baik agar dapat berpuasa penuh pada tahun ini. Jadi manfaatkanlah peluang yang ada ini sebaik mungkin. Selagi nyawa dikandung badan. Apapun, jom baca post kali ini. Terus saja pada tajuk di atas.
1. Mudah dikendalikan dan jimat.
Perniagaan internet sebenarnya amat mudah untuk dikendalikan. Anda juga dapat berjimat jika menjalankan perniagaan internet. Mengapa saya kata anda dapat berjimat. Biar saya terangkan kepada anda. Katakan anda menjual pakaian. Biasanya anda perlu membuka sebuah kedai atau butik untuk menjualnya. Mari kita membuat sedikit kira-kira pula. Jika sewa kedai tadi RM 1000 sebulan, setahun anda perlu membayar RM 12000 . Banyak tu! Itu belum masuk bil air dan elektrik. Anda juga perlu berada di kedai sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Gaji pekerja anda lagi (jika ada).
Kalau anda melakukan perniagaan tadi menggunakan internet, iaitu secara online anda cuma perlukan modal RM 200 -RM 2000 untuk upah website beserta hosting. Jika anda ada kepakaran untuk melakukannya sendiri, ia percuma untuk anda. Anda juga tidak perlu duduk di hadapan komputer atau laptop anda 24jam sehari, sebaliknya anda hanya perlukan 1-2 jam untuk memeriksa tempahan dari pelanggan yang masuk ke emel anda. Owh ya, anda juga boleh menjalankan perniagaan anda di mana saja asalkan ada sambungan internet. Adakah anda nampak perbezaan yang ketara ini? Kalau tak nampak lagi teruskan membaca.
2. Tidak terikat
Anda boleh tentukan masa kerja anda sendiri. Senang cerita, bila anda ada mood nak kerja, semak la emel anda tu. Mana tahu ada tempahan dari pelanggan, masyukk tu. Hehe. Seperti yang saya katakan tadi, anda boleh menjalankan perniagaan anda dimana saja asalkana ada sambaungan internet. Jika anda selesa, kat atas katil tempat anda tidur pun anda boleh menjana pendapatan. Nah! Apa lagi yang anda mahu? Betapa senang nak cari duit online ni. Sebenarnya tak la senang sangat. Cubalah sendiri. Kejayaan tidak datang bergolek, sebaliknya kita perlulah mencarinya.
3. Modal yang rendah
Saya pasti anda dah baca point no.1 di atas. Modal anda serendah itu, jika nak dibandingkan dengan perniagaan konvensional yang memerlukan modal yang besar. Biar saya bocorkan rahsia ini kepada anda, perniagaan internet sebenarnya boleh dilaksanakan tanpa modal atau sifar sen. 🙂 teruskan pembacaan anda.
Saya memulakan perniagaan internet saya dahulu juga tanpa modal (pecah sudah rahsia saya). Saya mulakan perniagaan saya dahulu dengan program affiliate. Saya gunakan emel kawan-kawan yang saya ada untuk menyebarkan link affiliate saya (jika anda guna autoresponder lebih baik).
Selain itu saya juga menggunakan blog untuk program affiliate yang saya sertai. Saya letakkan banner di blog saya. Kemudian, saya juga ada menulis review tentang produk affiliate yang saya sertai tersebut. Owh ya, saya galakkan anda untuk memiliki produk tersebut sebelum anda mempromosikannya. Tujuannya supaya anda tahu kehebatan produk tersebut. Jadi, senang la anda nak bercerita kepada sahabat anda. Seterusnya, dapatlah anda menjana pendapatan yang lumayan.
1 lagi medium percuma yang saya gunakan selain emel dan blog ialah YM. Ya, saya gunakan Yahoo Messengger untuk dapatkan pendapatan tambahan dan saya telah berjaya mendapatkannya. Hihi, alhamdulillah pintu rezeki saya terbuka luas. Sambil berchatting boleh boleh juga dapat duit. Jika saya boleh, anda pasti boleh!
Saya rasa cukup setakat ini saja. Anda boleh mempraktikkannya dan jika anda mempunyai sebarang masalah, anda boleh terus bertanya kepada saya. Saya akan cuba membantu anda menyelesaikan masalah anda.