Menjual Itu Mudah, Tapi Bukan Senang.
Salam hormat.
Tahniah kerana anda telah membuka salah satu blog berbayar yang ada di dunia ini. Ececeh, berlagak pula saya ni. Takdelah, saya cuma ingin beritahu kepada anda blog berbayar ni lebih best dari yang percuma. Kita tidak terikat dengan peraturan yang mengarut dari blog percuma. Jadi, jika guna blog berbayar, peraturannya kita yang buat. Jom kita enjoy!
Menjual itu mudah, tapi bukan senang.
Apa pula pendapat anda? Jangan lupa tinggalkan komen anda diruangan yang ada di bawah post ini. Adakah anda seorang peniaga? Pernahkah anda mempunyai pengalaman menjual barang,perkhidmatan atau apa saja? Susah atau senang ya? Hanya orang yang pernah menjual saja tahu keadaannya yang sebenarnya.
Pada pendapat saya sendiri yang pernah menjual, ianya tidaklah sesukar mana. Lagilah kalau anda betul-betul expert mengenai barang yang hendak dijual itu. Kemudian, ditambah pula dengan kemahiran dan teknik yang benar-benar terbukti berkesan untuk menghasilkan jualan. Ia merupakan satu bonus kepada anda untuk mendapatkan jualan. Seterusnya memberi pendapatan atau keuntungan kepada anda.
Owh ya, selain anda menjual secara offline seperti di bazar atau pasar malam, mahu pun di kedai ataupun di butik anda, internet merupakan salah satu medium yang membolehkan anda untuk menjual pelbagai barangan anda tanpa kos! Pasti anda tidak percaya bukan? Ya, ia sememangnya percuma dengan internet.
Baiklah, saya akan kongsikan kepada anda salah satu medium percuma diinternet yang saya telah berjaya gunakan untuk menjual. Dan yang paling penting, medium yang bakal saya kongsikan kepada anda sebentar nanti adalah percuma. Saya akan kongsikan 2 medium kepada anda pada post kali ini. Jom kita mulakan!
1. YM (Yahoo Messengger)
Kepada mereka yang rajin berchatting pasti anda tahu apa itu YM. Bagi mereka yang tidak tahu, YM adalah salah satu aplikasi percuma dari Yahoo.com yang membolehkan anda berchatting, membuat panggilan video percuma, berkongsi fail, gambar dan lain-lain lagi.
Selain dari yang saya sebutkan di atas, saya juga telah menggunakan YM untuk menambah pendapatan dengan cara menjual.Teknik yang saya gunakan adalah dengan cara berkongsi info yang berguna semasa berchatting. Kemudian saya akan mempromosikan barang yang saya ingin jual. Mudah bukan? Percuma pula tu.
2. Mudah.my
Medium yang kedua saya gunakan untuk menjual adalah di mudah.my. Ia juga salah satu platform percuma yang anda boleh gunakan untuk menjual barangan anda di sana. Pada mula saya mengenali mudah.my dan beriklan di sana ia tidak memberikan sebarang hasil. Kemudian saya belajar dari seorang otai dalam perniagaan internet iaitu Raja Kamil atau lebih dikenali sebagai RK.
Dengan panduan dan ilmu dari sifu RK, saya mampu menjual di mudah.my dalam masa kurang 24jam. Teknik yang diajarnya sangat-sangat membantu saya untuk menjual di mudah.my. Saya juga mempunyai kedai maya sendiri di sana iaitu http://www.mudah.my/juanjutawan .
Silalah bertandang ke kedai maya saya ye, walaupun saya tidak menjual apa-apa sekarang ini. Hehe. Owh ya, pasti ada diantara anda yang ingin tahu apakah panduan dan teknik rahsia yang RK ajarkan kepada saya bukan? Saya akan kongsikan dengan anda. Jom klik sini.
Panjang pula post kali ini ya? Ini baru dua medium saja, belum lagi yang lain. Tak mengapa, saya kongsikan dengan anda yang ini dahulu. Jika ada masa terluang saya akan kongsikan medium yang lain pula. Jika anda membeli panduan tersebut, maka tiada lagi rahsia antara kita. Anda juga mempu menjual secara percuma diinternet. Jumpa lagi!
Ps:Jika anda berminat untuk mendapatkan panduan tersebut, jangan segan untuk menghubungi saya. Saya akan berikan sesuatu yang istimewa untuk anda!