MLM Franchising – Tak Kenal, Maka Tak Cinta.
Menyertai perniagaan franchais MLM (Meniaga Larut Malam)hehe..Gurau je yang mempunyai pelbagai produk kepenggunaan sambil membina jaringan secara perlahan-lahan atau pantas. Kata orang “sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit” dan perniagaan franchais MLM kita terus berkembang.
Dalam anggaran masa selama 3 ke 5 tahun atau lebih dari itu, katalah networking anda telah mencapai 5000 orang atau 10,000 orang. Dengan menerapkan pengunaan produk 100% seperti household, suplement dan sebagainya untuk semua yang menyertai anda. Sebagai contoh, anda membeli produk keperluan harian seperti sabun, syampu, minyak rambut dan lain-lain lagi dari perniagaan franchaising MLM anda sendiri. Ya! Jadikan perniagaan franchais MLM anda sebagai kedai anda sendiri. Jika anda beli dari kedai anda keuntungan milik anda. Hehe.
Saya mahu membuat sedikit pengiraan di sini tentang jumlah pendapatan yang bakal diperolehi. Kita andaikan setiap orang hanya mengguna produk RM100 sahaja setiap bulan, ini bermakna anda telah membuat jualan bulanan antara RM500,000.00 hingga RM1 juta. Menakjubkan bukan? Kalau komisen dari plan tersebut cuma 5% sahaja,sikitnya!! dalam hati..haha.. ini bermakna anda mendapat profit atau keuntungan antara RM25k hingga RM50k sebulan. Wah, ini sudah melebihi income seseorang yang bertaraf CEO!!!
Tapi inilah dia MLM franchaising , tak kenal maka tak cinta. Semua orang boleh buat samada secara Part Time atau Full Time bergantung pada kesesuaian masa individu itu sendiri. Jika pandai membahagi masa, ianya tidak akan mengganggu kerja harian anda. Anda hanya perlu menerangkan konsep ini kepada prospek atau kenalan tanpa jemu.
Masa berlalu dengan sangat pantas. Sedar tak sedar sudah 3 hingga 5 tahun anda telah melakukannya secara part time sambil menjalankan kerja harian di pejabat Boss anda. Hakikat sebenarnya, anda sudah memiliki income Part Time melebihi gaji di pejabat anda. Sekarang adalah masa untuk meletak jawatan dari pejabat boss anda. Sudahkah anda bersedia untuk melakukannya? Tanya diri anda sendiri apakah yang perlu dilakukan.
Itulah sebabnya kenapa saya memilih untuk menjalankan perniagaan franchais MLM walau pun secara part time. Sebenarnya saya belajar dalam bidang Kejuruteraan. Mengapa saya memilih franchais MLM? Sebabnya, ada di atas. Saya juga tidak mahu bekerja makan gaji. Saya sendiri mahu untuk menjadi boss bagi diri sendiri. Tapi itulah hakikat MLM franchaising, tak kenal maka tak cinta.
Entri ini terbaik. Cuma kalau dapat ditonjolkan graf pendapatan lebih menarik. 🙂
Terima kasih untuk teguran itu..