Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Sejuk atau Panas? Alahai… Nasib Si Penulis.

Salam sejahtera,

Bertemu lagi kita pada kali ini. Hari ini saya kongsikan lagi pengalaman sebagai seorang penulis. Baiklah, apabila anda menulis di blog, buku atau medium yang lain dan anda terbitkan hasil penulisan tersebut. Kebiasaannya anda akan menerima dua jenis komen daripada pembaca.

penulis

Dua jenis komen yang bakal anda terima adalah jenis komen yang positif (sejuk) dan komen yang negatif (panas). Komen yang bakal anda terima sebenarnya bergantung terhadap sesuatu tajuk yang ada kupas.

Katakan anda mengupas isu semasa bekenaan politik di negara ini. Kumpulan yang menyokong akan memberikan komen-komen positif. Sebaliknya, kumpulan pembaca yang tidak menyokong akan memberikan komen negatif terhadap penulisan tersebut.

Merungkai berkenaan komen positif dan komen negatif.

1.Komen Positif

Komen positif biasanya terdiri dari komen-komen yang membina. Ia termasuklah komen yang memuji, berterima kasih dan juga komen yang berbentuk teguran yang membina.

2.Komen Negatif

Komen negatif pula adalah komen bebentuk tidak menyokong, tidak bersetuju, komen yang menghina dan termasuk juga semua komen-komen yang tidak membina.

Bagaimana membalas komen-komen yang diterima?

Sesudah menerima komen dari pembaca, sebaiknya seseorang penulis membalas komen-komen yang diterima dengan penuh berhemah dan santun bahasa. Walau pun anda menerima komen yang negatif, tidak semestinya anda perlu membalasnya dengan cara yang negatif juga.

Bagaimana cara membalas komen positif?

Cara termudah untuk membalas komen positif dari pembaca anda adalah dengan menghargai komen yang mereka berikan. Sebagai contoh, anda berterima kasih kepada mereka diatas sokongan mereka kepada anda.

Selain itu, anda juga boleh menunjukkan penghargaan kepada mereka dengan pergi melawat ke blog mereka dan memberikan komen yang membina pada post atau artikel yang anda suka. Ia secara tidak langsung dapat mewujudkan hubungan dua hala yang baik antara anda dan pembaca tersebut.

Bagaimana membalas komen negatif?

Tidak semua orang akan bersependapat dengan apa yang anda tulis. Jadi, kadang-kala anda akan dihujani komen yang negatif dari pembaca karya yang telah diterbitkan. Seharusnya, anda berada dalam situasi tenang untuk mengawal keadaan dan tidak terus melenting.

Anda seharusnya membalas komen negatif dengan berterima kasih kepada mereka yang memberikan komen. Teknik ini amat bagus dan dapat mengawal emosi pembaca yang negatif. Katakan bahawa anda akan ambil peringatan dari komen yang diberikan mereka.

Apa kebaikan jika penulis menerima komen negatif?

Komen negatif dari bagi saya amat penting. Dari komen tersebut, saya akan mendapat tahu apa yang pembaca saya tidak suka. Komen negatif boleh digunakan untuk memperbaiki hasil tulisan kita ke satu tahap lagi.

Jika anda seorang yang positif, pasti anda mampu mengubah komen komen negatif menjadi positif terhadap diri anda. Katakan anda menulis dan menerima komen negatif.

Anggap ia sebagai feedback dari pembaca untuk anda mengenali siapa pembaca anda. Dari komen negatif itu anda mampu memperbaiki kelemahan yang ada dan dapat mengenali audien anda dengan lebih dekat.

4 Comments

  1. sebagai penulis blog kena menerima pendapat pembaca sama ada pendapat negetif atau positif…

    • Ya benar. Pendapat pembaca adalah feedback percuma dan selalunya ia ditulis dengan ikhlas oleh mereka..

  2. Kadang2 pendapat pembaca tu boleh pulak dibuat idea untuk menulis post yang akan datang.

    • Ya, benar sekali. Pendapat pembaca sebenarnya amat berguna buat penulis. 😉

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *