Sihat sebelum sakit – Jaga kesihatan anda sebelum terlambat!
Salam sejahtera,
Sudah agak lama saya tidak menulis untuk blog ini atas sebab terlalu sibuk dengan beberapa urusan peribadi. Tapi hari ini saya gagahkan jua untuk menulis dalam keadaan tidak sihat untuk kepentingan kita bersama.
Pagi tadi saya telah ke sebuah klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan untuk sakit yang berterusan selama beberapa minggu. Batuk, selsema dan demam. Nampak seperti sakit biasa, tapi amat merbahaya.
Oleh sebab itu juga, saya perlu memberikan darah untuk diperiksa. Dada juga perlu di x-ray untuk melihat keadaan paru-paru saya. Isnin nanti saya perlu bawa x-ray yang dibuat tadi, ambil darah semula untuk buat kajian berkenaan kemungkinan kuman dalam darah.
Sebenarnya, saya amat takutkan jarum dan juga darah. Tapi saya terpaksa untuk melakukannya juga demi merawat penyakit yang ada didalam badan saya.
“Apa makna duit banyak jika anda tidak sihat?” -JuanJutawan-
Untuk anda yang masih sihat ketika membaca artikel ini, jagalah kesihatan anda untuk sekarang masa hadapan anda. Tidak ada yang lebih bermakna dari kehidupan yang sihat. Jika perlu, leburkanlah duit yang ada untuk kesihatan masa hadapan.
Ps:Mohon jasa baik anda untuk doakan kesihatan saya. Penyakit saya masih misteri. Moga ia hanya sakit biasa dan tidak merbahaya.