Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Tarik Pelanggan Cara Semulajadi Melalui Premis Perniagaan.

Salam sejahtera,

 

Kali ini kita akan bincangkan cara untuk buat pelanggan anda jatuh cinta pandang pertama apabila bertandang ke premis perniagaan anda. Seterusnya dapat memudahkan proses untuk membuatkan mereka teruja membayar sejumlah wang kepada anda.

 

Premis yang cantik dan selesa mampu membuatkan pelanggan anda terpesona. Menurut kajian yang dijalankan juga, pelanggan tidak kisah untuk membayar lebih untuk suasana yang lebih selesa.

 

Kedai biasa VS restoran

Mari kita ambil contoh kedai makan dan restoran. Sudah pasti suasana di kedua-dua tempat ini berbeza. Restoran pastinya lebih kemas, bersih dan selesa jika dibandingkan dengan kedai makan biasa. Pelanggan juga sanggup membayar lebih untuk keadaan sebegitu.

 

Magnet daya penarik

Cuba bayangkan jika premis perniagaan anda juga sebegitu. Sudah pasti ia mampu menjadi magnet untuk menarik pelanggan untuk masuk ke premis anda. Apabila mereka sudah masuk, tidak mustahil untuk mereka mendapatkan sesuatu dari permis anda. Mereka juga berkemungkinan besar akan menjadi pelanggan setia anda. Pelanggan ini akan datang lagi dan lagi ke premis perniagaan anda.

 

Tambah pendapatan dengan tambah pelanggan

Apabila premis perniagaan anda yang cantik dan selesa itu sudah mampu menarik perhatian pelanggan yang ramai, secara tidak langsung ia dapat menambah pendapatan perniagaan anda. Ia adalah salah satu matlamat bagi setiap perniagaan yang dijalankan.

 

Perkhidmatan ubahsuai premis perniagaan.

iMANPURi merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan perniagaan ubahsuai permis perniagaan dan kediaman. Ia dimiliki oleh Tuan Anis Amir dan beroperasi di Shah Alam sejak Jun 2009. iMANPURi juga turut aktif menyumbangkan idea dan tip ubahsuai melalui akhbar dan majalah deco tempatan.

 

Untuk maklumat lanjut, lawati laman rasmi iMANPURi.

Laman web rasmi iMANPURi

Laman FB rasmi iMANPURi

 

 

Ini merupakan post reviu berbayar. Jika berminat membuat post reviu tentang produk atau perkhidmatan anda, sila hubungi kami segera.

2 Comments

  1. Saya penah ada shopping cart tapi dah luput sebab tak berapa nak jalan. Tetapi guna blog elok senang2 blh dpt pelanggan, cer comment tuan, terima kasih.

    • Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi situasi di atas. Antaranya, faktor promosi, jumlah pelawat dan lain-lain.

      Secara asasnya, blog lebih banyak menggunakan perkataan di dalam posting. Ini memudahkan enjin carian untuk crawl maklumat di blog.

      Shopping cart biasanya hanya terdapat diskripsi ringkas produk jualan dan gambar. Jadi, agak sukar enjin carian crawl data dari sana. Tanpa bantuan promosi berkesan, ia ibarat kita membuka kedai di tengah hutan. Tiada orang yang mengetahui kewujudan kedai online tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *