Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Teknik berkesan penulisan untuk seo yang sering diabaikan

Apakah yang dimaksudkan dengan penulisan untuk seo?

 

Penulisan untuk SEO membawa maksud penulisan yang akan menyebabkan kedudukan halaman kita melonjak naik dalam enjin carian. Hal ini berlaku apabila seseorang penulis itu membuat satu kajian terlebih dahulu terhadap beberapa kata kunci yang di yakini dapat membantu meningkatkan kedudukan halaman mereka.

Apa pula kelebihan penulisan untuk SEO? Bukankah seperti menulis untuk ROBOT?

Tidak! Antara lain, dengan menekankan aspek-aspek SEO di dalam setiap penulisan itu, pengunjung yang mencari sesuatu informasi akan menaip carian mereka berdasarkan kata kunci yang ingin diketahui. Secara amnya, apabila penulisan itu dibuat untuk SEO, bukan sahaja mendapat kelebihan supaya halaman kita diiktiraf oleh carian enjin, malahan mampu membuatkan pengunjung terpikat untuk terus mengunjungi halaman anda.

Hal ini ada disebut dalam satu halaman tip penulisan untuk SEO:

http://webdesign.about.com/od/seo/a/seo_content.htm – SEO Friendly Writing Does Not Mean Writing for Search Engines

Tips penulisan untuk seo:

tips penulisan untuk seo

Tajuk: Mesti memiliki kata kunci dan ayat pemikat untuk prospek terpikat untuk mengunjungi halaman anda. Ayat yang mempunyai daya penarik yang tinggi seperti perkataan ‘bagaimana’, ‘tips’, dan lain-lain perkataan yang seakan-akan memberi info atau jalan penyelesaian akan mendapat perhatian yang tinggi dari pembaca.

Meta info: Juga mempunyai kata kunci dan ayat-ayat seolah-olah persoalan dan jawapan.

Permalink: Tetapan terhadap halaman. Jika menggunakan wordpress berbayar, tetapan ini boleh dibuat di bahagian SETTINGS – PERMALINK – CUSTOM STRUCTURE – dan letakkan perkataan /%postname%/

Di dalam isi kandungan penulisan untuk seo;

  • Mempunyai imej untuk diberikan sedikit ‘touch up’ untuk memberi keselesaan kepada pembaca, malahan akan memberikan kelebihan kepada halaman apabila imej tersebut juga mempunyai kata kunci yang disasarkan
  • Penggunaan H1, H2, H3, underline, bold dan lain-lain tetapan yang ada di dalam tetapan penulisan. Penggunaan ini secara tidak langsung akan membantu pembaca mudah untuk menulis dan menarik perhatian
  • Penggunaan ‘bullet point’ akan menjadikan pembaca tertarik membaca sehingga habis isi yang diolah. Bakal pembaca akan mudah untuk melarikan diri jika penulisan tersebut berupa perenggan semata-mata
  • Ayat penutup mempunyai ayat-ayat berupa bantuan kepada penyelesaian masalah. Berikan pembaca bukti kukuh untuk mereka terus terpikat untuk mengikuti perkembangan anda.

Saya percaya dan yakin, jika semua ciri yang diberikan di sini dijadikan panduan, anda bukan sahaja mampu menghasilkan penulisan untuk SEO, tetapi mampu meningkatkan kepercayaan dan kredibiliti daripada prospek anda!

4 Comments

  1. terima kasih atas tips yang sempoi tapi power.

    • Tidak dinafikan ramai yang tertinggal perkara-perkara sempoi tetapi power sebegini. Semoga bermanfaat. 🙂

  2. Jadikan post anda mudah dibaca. Menyumbatkan terlalu banyak keyword akan menyebabkan post anda nampak bodoh. Berpada-pada, fikirkan manusia dulu baru robot. Jika post anda cukup baik lambat laun ia akan terindeks dengan baik di search engine.

    • Benar tuan. Cara menyumbat keyword juga perlu betul, supaya masuk dengan content yang dihasilkan untuk sesebuah artikel. 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *