Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Terpilih Untuk Membuat Review P1 MiFi MF 230 – Suratan atau Kebetulan?

Salam sejahtera.

Tiba-tiba wujud rasa teruja dan ghairah untuk mencuba kepoweran produk baru dari P1 iaitu MiFi model MF230 setelah mendapat tahu dari website mereka www.p1.com.my. Untuk makluman anda P1 MiFi adalah salah satu teknologi yang agak baru di Malaysia berkonsep ‘on-the-go’. Mengidam sungguh rasanya.

Dari info yang saya baca dari laman web P1, modem ini dapat menghubungkan 5 device yang berlainan secara WiFi serentak. Selain itu, kita boleh sambungkan kepada 1 lagi laptop atau komputer dengan menggunakan kabel usb. Kelajuannya pula bergantung pada kawasan coverage ketika anda menggunakannya.

Malang tidak berbau : Personal Coaching dibatalkan!

Dipendekkan cerita,sepatutnya saya ada sesi personal coaching ‘Blog & Fanpage untuk Perniagaan’ dengan pelanggan saya. Tetapi mereka membatalkannya atas sebab-sebab yang tidak dapat untuk dielakkan. Jadi, saya berjumpa dengan saudara Syed Ikhwan (SI) di Shah Alam.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, tetapi diselamatkan hero Malaya.

SI setuju untuk kami sarapan bersama di sebuah kedai makan. Selepas menempah menu sarapan pagi itu, tiba-tiba saya sekali lagi mendapat berita kurang menarik dari pelayan di kedai itu. Katanya, ‘maaf di sini tiada WiFi. Lalu SI mengeluarkan P1 MiFi dari bag yang dibawanya untuk kami online bersama. Alhamdulillah, masalah selesai.

Pucuk dicita, ulam mendatang.

Sambil bersarapan dan berbual, saya banyak bertanyakan tentang modem P1 MiFi tersebut. Impian seakan menjadi kenyataan. Doa bagaikan termakbul. Terima kasih kepada SI kerana sudi meminjamkan saya modem MiFi on-the-go ini untuk direviu.

Baik, setakat ini sahaja untuk kali ini. Nantikan reviu yang seterusnya dari saya. Kalau hendak reviu mesti kena guna dulu P1 MiFi 4G ini. Baru boleh tahu kepowerannya. Jumpa lagi dalam reviu seterusnya! 😉

No Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Berjimat dengan P1 MiFi MF230 4G. | JuanJutawan - [...] Posted by admin on Oct 30, 2012 in Blog, Reviu Produk | 0 comments Ini adalah sambungan daripada entri…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *