Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Tip Perniagaan – Bercinta Dengan Perniagaan Milik Anda.

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, ini merupakan tip perniagaan pertama yang saya wujudkan di webite ini. Semakin hari semakin ramai peniaga-peniaga terutamanya berbangsa Melayu muncul kehadapan demi menyahut jihad ekonomi yang semakin parah di negara kita.

Semoga usahawan bumiputera mampu memberi persaingan sihat dalam pelbagai bidang yang selama ini dikuasai oleh usahawan bukan bumiputera. Saya yakin usahawan bumiputera juga mampu menjadi usahawan hebat.

tip-perniagaan

Tip perniagaan yang pertama ini agak santai sebenarnya. Ia terinspirasi apabila saya mendengar lagu cinta. Ya, saya mendapat inspirasi menulis tip ini apabila mendengar lagu cinta.

Apa kata anda dengar dahulu lagu cinta ini agar berbunga-bunga hati anda membaca tip perniagaan saya nanti. 😉

 

“Bila saja halangan menimpa, kerna Cinta ada ku tetap setia”. Petikan lagu cinta bertajuk Dua Insan.

 

Apa kena mengena lirik cinta di atas dengan tip perniagaan?

Dalam kita menjalankan perniagaan, bercintalah dengan perniagaan yang kita usahakan itu. Dugaan sentiasa ada bila mana kita dalam perjuangan menuju kejayaan.

Jika cinta kita kuat, pasti kita dengan mudah dapat merempuh segala halangan yang dilalui dalam perniagaan.

 

Cinta menurut penulis buku The Secret, Rhonda Byrne.

Menurut Rhonda Byrne dalam buku ‘The Secret’, CINTA adalah satu emosi yang kuat dan ia mampu menyalurkan tenaga positif.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *