9 Tips Menulis Kandungan Blog Terbaik.
Salam hormat,
Memang dah lama betul tak update blog ni dengan post-post yang baru dan berinformasi. Maaflah kepada mereka yang tertunggu-tunggu update dari blog ini. Diatas sokongan dan desakan seorang sahabat yang tidak asing lagi dalam dunia IM tempatan iaitu Aqif Azizan, inilah update terbaru dari saya.
Hari ini jadual kuliah saya memang agak padat. Tapi bila dah hampir hujung semester banyak subjek yang dah habis silibus. Pensyarah-pensyarah pula baik hati membenarkan kami keluar awal dari bilik kuliah. Biasalah, perut saya ni tangki besar. Jadi perlulah diisi dulu.
Saya ke foodcourt dan makan. Selesai makan saya lihat jam, baru pukul 10am. Kuliah seterusnya pukul 11am. Masih ada 1 jam lagi. Saya terus ke perpustakaan. Masa dalam perjalanan dalam kepala asyik fikir nak cari buku hasil tulisan Dr. Irfan Khairi. Idola saya tu. Ikon jutawan muda.
Tapi masa tengah mencari tu, ada beberapa buku yang berkaitan dengan blogging berjaya mencuri perhatian saya. Kalau tak silap tajuk buku tersebut “blogging untuk wanita”. Wanita juga yang tulis. Comel orangnya. Saya pun selak-selak dan membaca halaman demi halaman.
Kemudian saya terjumpa sesuatu yang boleh membantu saya untuk sentiasa update blog ini. Tajuknya, sama seperti tajuk post kali ini. Kalau anda nak tahu, teruskan pembacaan sehingga habis post ini ya. Saya akan ceritakan apa yang saya ingat dari pembacaan saya pagi tadi. Semoga dapat membantu anda menulis kelak.
Berguna dan unik
Kalau nak tulis, tulislah sesuatu yang berguna dan boleh memberi manfaat kepada para pembaca blog anda. Jika anda mampu melakukannya pasti mereka akan sentiasa menanti post-post terbaru yang akan anda update. Atau dalam kata lain, tulislah sesuatu yang unik!
Tajuk perlu ‘Catchy’
Tajuk juga memainkan peranan yang penting. Selain isi kandungan yang baik tajuk yang catchy pula akan menarik minat untuk pelawat blog anda untuk membaca isi kandungan yang anda tulis. Tulislah tajuk dengan ringkas dan pelik. Pasti ada yang akan tertarik.
Tak melarat
Ini agak sedikit kritikal dan para blogger atau penulis perlu ambil tahu. Pastikan tajuk dan kandungan berkaitan. Jangan tajuk cerita lain, kandungannya pula lain. Nanti ada pelawat blog anda rasa tertipu dengan penulisan anda.
Asli/ori
Kalau nak tulis tu, pastikan yang anda tulis tu asli atau ori hasil pemikiran anda sendiri. Pasti mampu menarik perhatian pembaca anda. Kalau ikot SEO (Search Engine Optimization), ia lebih suka isi kandungan yang fresh atau ori. Kalau anda copy dari blog orang lain, faham-faham la..
Menghiburkan
Cuba jadikan post anda menghiburkan. Bukan apa, kalau bosan je sesuatu blog tu adakah anda akan tertarik untuk membacanya? Saya pasti, itu mungkin kali pertama dan terakhir anda bertandang ke blog anda. Cuba masukkan lawak jenaka, gambar menarik, video klip atau apa saja yang mampu menghiburkan pembaca blog anda.
Kenali pembaca
Ok, anda juga boleh cuba mengenali pembaca anda. Cuba berinteraksi dengan pembaca anda diruangan komen atau ruang chatting yang ada diblog anda. Bukannya apa, selain boleh merapatkan silaturrahim apabila mengenali mereka anda juga boleh menyesuaikan bahasa yang digunakan semasa menulis nanti.
Jadi diri sendiri
Daripada susah-susah nak berlakon jadi orang lain, baik jadi diri sendiri saja. Pengikut blog anda pasti akan menyukainya. Yelah, mereka dapat mengenali orang disebalik penulisan yang dibaca itu. Kalau tulisan-tulisan anda membantu banyak membantu, pasti mereka ingin lebih mengenali anda.
Mula dan teruskan
Nak ada hasil tulisan yang baik bukan susah. Menulislah selalu, orang selalu cakap practice make perfect. Jadi mulakanlah menulis dan teruslah menulis untuk mengupdate blog anda. Mula-mula, seminggu sekali pun dah cukup. Lepas tu, latih diri untuk menulis dengan lebih kerap lagi. Lama-lama alah bisa, tegal biasa. Bila dah mula tu, teruskanlah ya.
Buat untuk anda
Dah sampai ke point yang terakhir. Buat atau tulislah untuk kepuasan anda. Walau pun tiada komen pada setiap post anda, jangan jadikan ia penyebab untuk anda berhenti menulis. Inilah karya agung anda. Anda yang menulisnya sendiri. Hargailah setiap hasil kerja anda.
Sekian saja dari saya. Harap ia dapat membantu serba sedikit untuk anda terus menulis. Owh ya, tinggalkanlah komen anda di bawah ini ya. Terima kasih.
Akhirnya, dapat juga lihat kau update blog ini Juan. Fuh~~
Ini baru dikatakan perkongsian hebat! Terima kasih! 🙂
Hanya cuba menyampaikan segala apa yang ada dalam otak ni untuk dikongsikan bersama. Agar dapat masuk perkara-perkara atau ilmu-ilmu baru pula. 🙂
salam juan,
banyak ilmu yang dikongsikan di sini..terimakasih juan kerana saya dapat menambah ilmu di blog juan ni…terimakasih!
Khairy:Sama-samalah kita berkongsi ilmu agar kita akan dapat menerima ilmu yang baru pula. Jika anda rasa post ini berguna, boleh kongsikannya kepada rakan yang lain juga..;)
Mantap bro!
Boleh dijadikan panduan sebelum menulis entri baru di blog…. 🙂