Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Surat Jualan = Pendapatan Lumayan.

Salam hormat,

Apa khabar pengunjung blog saya hari ni? Saya doakan anda semua sihat disamping yang tersayang. Baiklah, saya tak mahu buang masa anda lama-lama di sini. Saya akan buat sedikit review tentang bengkel menulis surat jualan anjuran Mawardee yang saya sendiri akan menyertainya pada 13/11/2010 nanti. InsyaAllah saya akan berada di sana jika tiada apa-apa halangan.

Jika anda suka berchatting(menaip) saya amat sarankan agar anda menyertai bengkel ini. Atau jika anda terlalu sibuk dapatkan versi rakaman bengkel ini dengan klik button di bawah ini. Ia bagi membolehkan anda menjana pendapatan dari hobi anda itu. Menarik? Teruskan pembacaan anda.

Siapa yang layak menyertai bengkel?

Bengkel ini sebenarnya terbuka kepada semua. Tidak kira pangkat atau keturunan dan juga taraf hidup. Ia juga dibuka untuk mereka yang ingin menjana pendapatan dari internet dari servis menulis surat jualan. Selain itu bengkel menulis surat jualan ini juga sesuai untuk mereka yang:

1-Keliru dan tak tahu nak mula perniagaan internet dari mana.

2-Kadang-kadang sampai dah habiskan ribuan ringgit, tapi hasil entah ke mana.

3-Kadang-kadang dah beli macam-macam panduan, tapi sampai sekarang tak boleh buat apa-apa.

4-Bila dah beli ebook, tapi bila dibaca, kena tahu macam-macam kerja teknikal dan beli produk berbayar lain pula.

5-Masalah kesibukan yang selalu menjejaskan masa kita untuk berniaga di internet.

Saya faham situasi ini. Malah ramai yang saya jumpa yang rata-ratanya tersangkut disebabkan masalah-masalah di atas. Dan saya juga sebenarnya begitu juga dahulu. Tapi, anda jangan bimbang!

Kenapa anda perlu menyertai bengkel ini?

Ini kerana ada satu jalan penyelesaian yang saya jumpa yang membolehkan anda dan saya berniaga di internet dan anda TIDAK perlu lagi membuat perkara-perkara rumit dan susah seperti berikut:

– Tak perlu belajar affiliate.

– Tak perlu belajar buat ebook.

– Tak perlu buat MLM.

– Tak perlu susah-susah buat web.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah MENULIS. Ya menulis! Anda hanya perlu tahu menulis menggunakan Microsoft Word yang ada dalam laptop atau komputer anda. Saya pasti itu bukan masalah untuk anda. Lagi-lagi kepada yang rajin berchatting. Menaip bukanlah satu yang sukar bukan? Apa kata tukar hobi anda itu kepada satu aktiviti penulisan yang boleh menjana pendapatan.

Dari anda buang masa chatting atau menaip yang bukan-bukan, baik anda menaip sesuatu yang membolehkan anda menjana pendapatan yang lumayan. Saya pernah rasa hasil dari menulis surat jualan. Surat jualan pertama yang saya hasilkan berharga rm150. Jadi, saya menyertai bengkel ini untuk menambah ilmu saya. Jadi lepas ni harga servis surat jualan saya pun meningkatlah, sejajar dengan pengetahuan yang saya ada.

Jadi saya amat sarankan anda, ya anda! Pembaca blog ini agar dapat suatu cara lagi menghasilkan pendapatan mudah dari internet. Jom jumpa saya di Bengkel Surat Jualan!

Ps:Kalau nak tanya apa-apa bolehlah ajukannya diruangan komen.

Pss:Kalau rasa ia berguna, boleh shere bersama rakan anda. TQ.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *