Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Tukar! Jangan Potong Stim – P1 MiFi MX230.

Artikel kali ini adalah sambungan kepada yang telah diterbitkan sebelum ini yang bertajuk “1 Kongsi 8? P1 MiFi MX230 Sukar Dipercayai”.

Salam sejahtera,

Adakah anda peminat gedget dan telefon pintar? Pastinya anda pernah mengalami situasi sukar untuk online menggunakan gedget dan telefon pintar anda secara serentak. Apatah lagi apabila anda perlu subscribe pelbagai pelan Internet mudah alih.

Jika anda berhadapan situasi di atas, pastinya ia sesuatu yang merumitkan keadaan dan mengusutkan kepala anda. Jadi, apa maknanya bila mempunyai gedget dan telefon pintar tanpa sambungan Internet? Bagi saya ia ibarat seperti ‘bercinta, tetapi tiada kasih sayang’.

P1 MiFi MX230 4G adalah hero penyelamat.

Sekarang saya sedang mencuba produk terbaru dari P1 ini. Nyata terserlah kekacakkan sambungan 8 dalam 1 yang ada pada produk ini. Dengan 1 modem MiFi MX230 ini, ia membolehkan kita membuat 7 sambungan secara wifi dan 1 sambungan menggunakan kabel.

14122012248

P1 MiFi MX230

MiFi Berkonsep on-the-go.

Jika sebelum ini saya terpaksa mencari kedai yang ada kemudahan WiFi untuk melepak, kini tidak lagi dengan adanya MiFi MX230 ini. Paling seronok kerana ia berkonsepkan on-the-go, memudahkan saya untuk online di luar termasuk di dalam kenderaan.

Peringatan untuk pengguna MiFi MX230 4G.

Bagi memastikan peranti MiFi MX230 beroperasi dalam keadaan sedaya dan terbaik mungkin (best effort). Ia sepatutnya digunakan di luar rumah yang mempunyai liputan dan bukan di dalam rumah. Ini disebabkan ia merupakan peranti on-the-go.

Apa yang pasti, walau pun digunakan dalam rumah tetapi prestasinya tidak menghampakan. Cuma, pastikan rumah anda berada dalam coverage P1. Boleh semak coverage di kawasan kediaman anda pada link berikut. >>> Semak Coverage P1

No Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. 3 Sebab Anda Perlu Dapatkan P1 MiFi MX230. | JuanJutawan - [...] penulis kata murah? Boleh rujuk artikel bertajuk “Tukar! Jangan Potong Stim – P1 MiFi MX230”. Pastinya dengan kos sara…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *