Pages Navigation Menu

JuanJutawan Innotech

Ubahsuai Rumah Anda Menjadi Kediaman Idaman.

Salam hormat,

Pastinya anda juga mempunyai perasaan seperti saya dan orang lain yang mengimpikan sebuah kediaman atau rumah yang cantik dan selesa. Namun semua itu seakan mustahil untuk dimiliki. Apa pun, tidak ada salahnya untuk mempunyai impian sebegitu. Kata orang, “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu”.

imanpuri

Bagaimana cara ubahsuai rumah menjadi rumah idaman?

 

Saya faham, tidak semua orang mampu memiliki rumah idaman mereka. Tetapi, anda mampu untuk mengubahsuai rumah yang sedia ada untuk menjadikannya lebih cantik, menarik dan sedap mata memandang.

 

Terdapat dua cara yang biasa dilakukan oleh kebanyakkan orang di Malaysia untuk mengubahsuai rumah mereka. Mari teruskan pembacaan anda.

 

1. Mengubahsuai sendiri dengan hiasan deco yang berkonsep.

Cara yang pertama ini biasa dilakukan oleh kebanyakkan orang. Ia amat sesuai dilakukan oleh mereka yang kreatif dan mempunyai daya fikir yang inovatif untuk merealisasikan rumah impian mereka.

 

Pada zaman informasi sebegini mudah untuk anda mendapatkan info. Anda boleh gunakan enjin carian seperti Google untuk mendapatkan tip dan rujukan cara menghias rumah idaman anda.

 

Selain itu, anda juga boleh merujuk majalah-majalah yang berkenaan hiasan dalaman atau deco yang sudah banyak diterbitkan di pasaran tempatan. Anda boleh menjana idea dari sini untuk mengindahkan kediaman anda.

 

2. Mengupah pereka dalaman untuk mengubahsuai rumah.

Bagi anda yang berduit, cara ini adalah pilihan termudah. Dapatkan khidmat pereka dalaman untuk merealisasikan rumah impian anda. Curahkan idea anda kepada mereka, kemudian mereka akan menjana idea anda menjadi sesuatu yang lebih menarik dengan kepakaran yang mereka ada.

 

Ini adalah apa yang dilakukan oleh kontraktor hiasan dalaman iaitu iMANPURi. Mereka adalah jururunding hiasan dalaman yang sudah terlibat dalam industri ini sejak tahun 2009 lagi.

 

Pemiliknya Tuan Anis Amir, sering menghiasi dada majalah deco hiasan dalaman tempatan untuk memberikan tip hiasan dalaman kepada pembaca. Anda boleh lawati laman web mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut dan melihat hasil kerja mereka sebelum ini.

 

Laman web rasmi iMANPURi : www.imanpuri.com

 

Ini merupakan post reviu berbayar. Jika berminat membuat post reviu tentang produk atau perkhidmatan anda, sila hubungi kami segera.

 

 

No Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tarik Pelanggan Cara Semulajadi Melalui Premis Perniagaan. | JuanJutawan - [...] iMANPURi merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan perniagaan ubahsuai permis perniagaan dan kediaman. Ia dimiliki oleh Tuan Anis Amir…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *